Alat Pembeli Hartanah

Pengeluaran KWSP (Akaun II)

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH MELALUI AKAUN II KWSP

TUJUAN 

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. 

Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah. 

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Warganegara Malaysia; ATAU 
  2. Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU 
  3. Bukan warganegara Malaysia yang ; 
    1. Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU 
    2. Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN 

Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2. 

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN 

Ahli Layak Memohon Sekiranya :-

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / 
‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman. 

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ; 

  1. Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :- 
    Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) 
    Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan 
    Majikan ahli 
    Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia). 
    Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia 
    Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; 

    ATAU
     
  2. Secara tunai. 

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. 

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya 
atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan. 

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP. 

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah 
hendaklah dalam tempoh 6 bulan). 

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :- 

Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja 
Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada 
Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli 
Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf 
Membeli rumah ketiga 
Membeli rumah di luar negara 

Sumber:
Portal KWSP