Mega 3 Housing Facebook

Perumahan Seri Makhota Maju 2 - 10 km ke Stesen ECRL Paya Besar


Perumahan Seri Makhota Maju 2 - 10 km ke Stesen ECRL Paya Besar

Pembangunan ECRL: Manfaat dan Kelebihan Stesen Paya Besar

East Coast Rail Link (ECRL) merupakan salah satu projek infrastruktur utama di Malaysia yang dirancang untuk menghubungkan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat. Dengan panjang laluan kira-kira 665 kilometer, ECRL dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan antara bandar-bandar utama di pantai timur seperti Kota Bharu dan Kuantan ke Port Klang di Selangor menjadi kira-kira 4 jam sahaja melalui kereta api, berbanding 12 jam menggunakan pengangkutan jalan raya.

ECRL-Alignment-3052023-scaled.jpg
Dan antara lokasi laluan ECRL yang mendapat perhatian adalah Stesen Paya Besar, Gambang, Kuantan. Perkara ini dilihat dapat memberikan kesan positif besar untuk pembangunan sekitar Stesen Paya Besar - melalui hubungan dan akses mudah lagi luas merentasi Pantai Timur. Stesen Paya Besar menjadi gerbang utama yang menghubungkan Selangor dan kawasan Pantai Timur. Ini pastinya memudahkan perjalanan sama ada untuk pulang ke kampung, mahupun tujuan eksport dan logistik. 

Perumahan Seri Makhota Maju 2, merupakan antara projek terkini dari Mega 3 Housing, yang kini giat membangun seiring ECRL. Terletak di Jalan Gambang (Batu 12), Kuantan dengan hanya 10KM dari Stesen Paya Besar, ia pastinya menjadi lokasi yang strategik untuk potensi masa hadapan. 

Rumah Teres Satu Tingkat
SSTH-1.png
Rumah Berkembar Satu Tingkat
SemiD-1.png
Projek ini juga dikelilingi dengan lokasi tumpuan seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari yang berdekatan dengan Stesen Paya Besar - diikuti dengan hanya 10KM ke projek kami iaitu Perumahan Seri Mahkota Maju 2. 

Stesen Paya Besar juga boleh diakses melalui Plaza Tol Gambang, yang juga menghubungkan pengguna ke Lebuhraya MEC selaku jalan utama negeri Pahang. Bukan sahaja memudahkan masa dan akses perjalanan, malahan ia juga mampu membuka pelbagai peluang dan potensi untuk kawasan sekitar.