Mega 3 Housing Facebook

Alat Pembeli Hartanah

PENGELUARAN KWSP (AKAUN II) UNTUK MEMBELI RUMAH (AKAUN II)

BELI RUMAH MELALUI AKAUN II KWSP

TUJUAN PENGELUARAN KWSP (AKAUN II) 

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah

Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah. 

KELAYAKAN MEMOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH
Kelayakan memohon Pengeluaran


1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara.

2. Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri.

3. Membeli Rumah Kediaman:​
Jenis
Banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.


4. Ahli belum mancapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan.

5. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ telah membuat Pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/ melupuskan pemilikan.

6.Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.

**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

Projek-projek TerkiniKalkulator-AI-KWSP-Thumbnail-400px.png

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH

Ahli Layak Memohon Sekiranya :-

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman. 

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ; 

Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :- 
Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) 
Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan 
Majikan ahli 
Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia). 
Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia 
Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP
• Secara tunai
 

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. 

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan. 

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP. 

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan). 

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :- 

• Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja 
• Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada 
• Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli 
• Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf 
• Membeli rumah ketiga 
• Membeli rumah di luar negara 


Sumber:
Portal KWSP

Jadual Kelayakan Pinjaman