Mega 3 Housing Facebook

Pengeluaran Akaun II KWSP: Ubah Suai Rumah


Pengeluaran Akaun II KWSP: Ubah Suai Rumah

Boleh guna KWSP untuk ubahsuai rumah? (Jawapan ringkas: TAK BOLEH, sila baca untuk detail)

Anda rasa nak besarkan dapur?
Bilik tidur tak cukup dan nak tambah satu?
Porch kereta nampak hambar dan nak bagi nampak trendy?

Sudah pasti macam-macam idea yang kita nak jadikan realiti untuk menampakkan rumah kita
lebih cantik dan selesa untuk diduduki.

Tapi, duit tak cukup!
“Eh takpa, KWSP kan ada!”
Betul juga!
Kita ada banyak duit dalam KWSP sebenarnya.

Apa salahnya guna sedikit untuk ubahsuai rumah kan?
Kalau beli rumah guna Akaun 2 boleh, mesti boleh ubahsuai rumah juga.
Sekejap! Jangan cepat buat konklusi.

Pastikan info anda tepat dahulu, dan jangan ikutkan tekaan atau kata-kata orang semata-mata.
Menurut KWSP sendiri, hanya ada 6 jenis pengeluaran Akaun 2 untuk rumah yang dibenarkan bagi mereka di bawah umur 55 tahun:
6-Jenis.png
1. Beli rumah
2. Bina rumah
3. Menyelesaikan/Mengurangkan baki pinjaman Perumahan
4. Ansuran bulanan pinjaman Perumahan
5. Perumahan fleksibel
6. Perumahan PR1MA
Sumber: KWSP

Seperti yang anda lihat, ubahsuai rumah tidak termasuk dalam 6 jenis pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP untuk Perumahan.

Tak yakin lagi?

Kami siap tanya lagi KWSP secara langsung untuk dapatkan jawapan muktamad:
KWSP.png

“Tapi, itu duit saya!”

Benar, itu duit kita. Tapi kita perlu ingat apa tujuan asal KWSP ditubuhkan; untuk memastikan kita mempunyai simpanan yang mencukupi di hari tua kita.

Oleh sebab itu, KWSP membenarkan pengeluaran Hanya dalam sesetengah situasi yang boleh membantu hari tua kita sahaja.

Jika anda lihat, 6 jenis pengeluaran yang dibenarkan semuanya membantu anda untuk menjadi pemilik rumah agar anda mempunyai aset berharga untuk dimanfaatkan sekarang dan di
kemudian Hari.

Ubahsuai Rumah tidak termasuk dalam kategori itu.

Oleh itu, sekiranya anda ingin ubahsuai rumah, ada beberapa pilihan lain anda boleh fikirkan:

1. Kumpul duit hingga cukup, dan lakukan ubahsuai rumah ikut bajet.
2. Pinjam duit dari ahli Keluarga/pihak ketiga untuk membiayai kos ubahsuai rumah.
3. Pinjam duit dari institusi berdaftar untuk membiayai kos ubahsuai rumah.

Jangan risau, ada caranya.
Cuma KWSP bukan caranya.

Harap post kali ini membantu.
Sebarkan ya!