TUJUAN Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah. KELAYAKAN MEMOHON
Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2. SYARAT- SYARAT PENGELUARAN Ahli Layak Memohon Sekiranya :-
1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman. 2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ;
3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. 4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan. 5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP. 6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :- Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf Membeli rumah ketiga Membeli rumah di luar negara Sumber: Portal KWSP
Tidak kira kali pertama atau pun pelawat tetap, sila memberitahukan nama dan emel anda kepada kami di bawah. untuk memberi pengalaman laman ini yang lebih baik.
Juru khidmat kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat.