Mega 3 Housing Facebook

Mengenai Kami

Mega 3 Housing Project

Mengenai Kami

Tahun 2001 adalah titik permulaan tertubuhnya syarikat Mega3 Housing Sdn Bhd dan Raya Baiduri Sdn Bhd di Seremban, Negeri Sembilan.

Pada ketika itu hanya dua orang kakitangan sahaja yang memberi khidmat bersama kami. Kekurangan yang kami miliki tidak pernah menjadi batu penghalang untuk terus berjaya. Projek syarikat kami yang pertama adalah pada bulan April 2002 di Taman Bukit Mika, Seremban, Negeri Sembilan. 75 unit rumah teres dua tingkat dan lapan unit kedai dan pejabat dua tingkat telah berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM11 juta. Tahun demi tahun syarikat kami berkembang kukuh dengan trek rekod yang cemerlang. Kami berhasrat menjadi pelopor utama syarikat pembinaan perumahan yang menawarkan harga mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada tahun 2004 kami melangkah setapak lagi dengan membuka cawangan pejabat di Masjid Tanah, Melaka dan di Triang, Pahang. Ia diikuti dengan cawangan Sepang (2008) dan Teluk Panglima Garang (2010) yang terletak di Selangor. Dengan adanya empat cawangan yang beribu pejabat di Seremban, Negeri Sembilan, ia memudahkan kami memfokus setiap projek yang diusahakan. Ini juga bagi memastikan setiap projek disiap dan diserahkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Syarikat kami juga dikenali sebagai "doktor perumahan." Ini kerana kami telah memulih banyak projek perumahan yang terbengkalai. Sehingga kini 10 projek perumahan terbengkalai telah berjaya disiapkan.

Projek berskala besar yang telah kami siapkan adalah di Taman Mantau Indah, Seremban, Negeri Sembilan. Ia merangkumi sebanyak 1113 unit perumahan dan kormesial dengan jumlah GDV sebanyak RM86 juta dari tahun 2004-2008.

Pada tahun 2004, syarikat kami telah menjalinkan projek usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Ia merupakan satu projek bagi menyiapkan 707 unit perumahan terbengkalai. Hanya dalam masa 2 ½ tahun sahaja, kami berjaya menyiap dan menyerahkan kesemua unit rumah dalam satu fasa.

Di daerah Triang pula, 221 unit perumahan di Taman Mawar Indah adalah projek perumahan kami yang pertama. Pada tahun 2008, kami telah mengambil alih dan menyelesaikan projek perumahan terbengkalai Taman Merbau Indah dengan jumlah 545 unit pembangunan bercampur. Hanya dalam masa 24 bulan sahaja kami telah berjaya menyiap dan menyerahkan projek perumahan tersebut.Kini, Taman Merbau Indah merupakan kawasan perumahan terbesar yang dibangunkan serentak di daerah Triang.

Tahun 2010 kami telah meneroka peluang projek perumahan terbengkalai di Teluk Panglima Garang, Selangor. Projek perumahan terbengkalai di Taman Jenjarom Permai telah berjaya kami siapkan. Pada tahun 2012 kunci rumah telah diserahkan kepada pemilik. Kini, kami secara aktif menawarkan peluang perumahan mampu milik di kawasan yang sama dengan membangunkan 168 unit rumah teres di Taman Amanah, Jenjarom dan 87 unit pula di Taman Bentara, Telok Panglima Garang.

Taman Seremban 3

Kejayaan demi kejayaan kami kecapi. 2012 merupakan tahun yang bertuah bagi kami. Satu usahasama telah dijalinkan bersama Menang Corporation Berhad bagi membangunkan 333 unit perumahan di Seremban 3 dengan jumlah GDV RM80 juta. Lokasi projek Taman Seremban 3 adalah satu lokasi yang amat stategik kerana ia terletak hanya 300 meter dari kampus UITM Seremban yang baru. Hanya dengan berjalan kaki sahaja boleh tiba di kampus.

Progress Tapak Binaan


Dalam masa yang sama juga kami telah menjalinkan satu perjanjian usahasama dengan Menteri Besar Incorporated (MBI). Ia adalah projek pertama bagi pembinaan kawasan perumahan komuniti berpagar dan selamat di daerah Rembau. Sebanyak 48 unit perumahan separa mewah akan dibina.

Kini, dengan jumlah kakitangan lebih daripada 90 orang yang setia berkhidmat dan memiliki kepakaran masing-masing, syarikat kami telah berkembang pesat dengan jumlah GDV sebanyak RM950 juta. Syarikat kami akan terus menawarkan rumah mampu milik yang berkualiti kepada orang ramai.

Oktober 2015

"WE BUILD AFFORDABLE HOUSES"

ABOUT US

Mega 3 Housing Sdn. Bhd. is located at No. 93 & 94, Jalan Era Square 7, Era Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, a 4 storey office building being our latest acquisition as our Corporate Headquarters in Negeri Sembilan Darul Khusus. (1st February 2016)

The Company was incorporated in August 2001, has a paid up capital of RM500,000 and its core business is to undertake and develop mixed development projects consisting of residential and commercial units at strategic location which shall enhance the purchasers’ ownership value and give good returns on our investments.

We have undertaken and have on going developments in other localities and have set up branch offices at Triang - Pahang, Masjid Tanah - Melaka, Sepang - Selangor and Kuala Langat – Selangor to facilitate easy coordination and management of the sales and marketing and construction of the project.

REPUTABLE TRACK RECORD

We have branded ourselves as developer of AFFORDABLE HOUSING and have continued to provide housing to the middle 40 group of home purchasers.

As a feather in our cap we have contributed our Corporate Social Responsibility by reviving and completing 9 abandoned housing projects and successfully delivering the houses to the affected purchasers without any additional cost to them and without any funding or facilitation from the Government.

Since incorporation in August 2001 till to date, we have completed and current developments with a Gross Development Value (GDV) of RM 1.168 billion.

Experienced Management Team

The Company is staffed with competent professionals and graduates who are dedicated and accountable. They believe in TEAMWORK and have always strive to achieve excellence at all levels of their commitments.

These excellence has helped achieve a good track record in our delivery system where speed and doing it right the first time has been our way of execution and this has made us much sought after developer.

Mega 3 Housing Sdn Bhd is an active member of the Real Estate and Housing Developers' Association (REHDA) and our Directors are serving in various Committees of the Association. With REHDA, we are able to keep abreast of the various issues and new developments affecting the housing industry in the country. We always believe that we should create MORE VALUE to Shareholders and Business Partners.

EXCELLENT CREDIT STANDING

We have an impeccable Credit Standing where we had obtained financing both to purchase land and bridge the development totaling RM 50.0 million of which RM35.3 million being financing of completed projects have been discharged and fully satisfied.

Our current gearing is only 0.15 times.

Mega 3 Housing Sdn Bhd has very good rapport with The Government and local Authorities. We are also an active member of the Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) and our Director is serving as Vice President at National Level and Past Chairman at State Level.

Mega 3 Housing Sdn Bhd is also involved in construction and holds a CIDB Certification for Contract Value up to RM 10,000,000.00.

ALWAYS CREATE MORE VALUE FOR OUR INVESTORS AND BUSINESS PARTNERS.