Mega 3 Housing Facebook

Projek Pelabuhan Pulau Carey USD9.39BIL - Aspirasi M'sia Menarik Minat Pelabur Asing


Projek Pelabuhan Pulau Carey USD9.39BIL - Aspirasi M'sia Menarik Minat Pelabur Asing

1.jpg2.gif3.jpg4.gif5.jpg

Deskripsi: 
 

Walaupun ekonomi global sering diuji dengan ketidakseimbangan, namun ia ternyata tidak mengganggu hubungan ekonomi Malaysia bersama pelabur asing. Hal ini terbukti kerana sehingga kini Malaysia telah menarik lebih daripada 5,000 syarikat dari lebih 40 buah negara untuk beroperasi di negara kita. 

Justeru, kehadiran pelabur bukan sahaja menjadi simbolik hubungan baik antara dua negara, malahan ia juga memanfaatkan sektor ekonomi sesama negara. 

Menyokong kenyataan tersebut, terkini Malaysia baru sahaja mencapai kata sepakat bersama negara India. Untuk pengetahuan anda, perjanjian tersebut menyaksikan 31 Memorandum Persefahaman perniagaan yang bernilai USD36 bilion, di mana Malaysia bakal memperolehi perkongsian projek bernilai USD32 bilion. Antara agenda utama perjanjian tersebut adalah pembangunan bandar integrasi maritim di Pulau Carey, Klang yang bernilai USD22.78bil dan projek pelabuhan Pulau Carey yang bernilai USD9.39 bilion. 

Menurut kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kejayaan perjanjian merupakan simbolik positif bagi hubungan diplomatik negara Malaysia dan India. Tambahan, perjanjian ini bukan sahaja bakal memanfaatkan ekonomi negara, malahan Pulau Carey dan kawasan sekitarnya.

Perjanjian ini dijangka membawakan impak positif, terutamanya dalam sektor ekonomi. Peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur dijangka melambung, sekaligus membuka mata ramai pihak untuk menjalankan perniagaan mereka di sini. 

Ini juga termasuklah syarikat-syarikat tempatan yang bersedia untuk melebarkan peniagaan dan menjalankan operasi mereka di kawasan tersebut. 

Antara kawasan yang bakal terkesan dengan langkah kanan ini adalah Telok Panglima Garang (TPG). Dengan akses mudah dan pantas dari TPG ke Pulau Carey dan kawasan sekitar, ini bakal membantu meningkatkan  tahap ekonomi setempat. 

Menjangkaui pelbagai potensi industri seperti logistik mahupun pengurusan, TPG bakal menjadi tumpuan orang ramai kelak. Hampir setiap laluan ke Pulau Carey perlu melalui TPG, menjadikan ia potensi yang semestinya wajib untuk diteliti dan diambil kira. 

Pulau Carey, TPG dan kawasan sekitarnya dijangka menjadi hab ekonomi dan lubuk emas dalam memacu pertumbuhan positif ini.  Bagi mereka yang menantikan peluang, inilah masa terbaik untuk anda menerokai setiap kemungkinan dan potensi di kawasan sekitar. 

Keputusan pelabur asing untuk memandang ke arah Pulau Carey semestinya perkara yang bakal menjanjikan keuntungan jangka masa panjang. Pertumbuhan ekonomi ini dapat dinikmati bersama, sekaligus merancakkan usaha Malaysia ke arah menuju negara maju dari mata dunia. 

Akhir kata, kehadiran pelabur asing semestinya telah membawa pelbagai impak positif terhadap ekonomi negara. Bukan sahaja hubungan baik antara negara terjalin, malahan ia juga dapat menjana manfaat ekonomi untuk kedua-dua pihak. Semoga perkara seperti ini berterusan untuk masa depan negara yang lebih stabil, demi pertumbuhan ekonomi Malaysia.