Mega 3 Housing Facebook

DIY – Hiasi Dinding dengan Tampalan Setem


DIY – Hiasi Dinding dengan Tampalan Setem

Mega-3-Hiasan-Dinding-DIY-Article-10thAug2017-FA-1.jpgMega-3-Hiasan-Dinding-DIY-Article-10thAug2017-FA-2.jpg


Deskripsi:



Hiasi Rumah Anda Dengan DIY (Do It Yourself)

Pasti terasa suram jika ruang rumah tidak dihiaskan. Hiasan bukan sahaja bertujuan menyerikan rumah, malahan mencetuskan ruang rumah yang positif untuk seisi keluarga. Gabungan warna dan reka bentuk unik juga memainkan peranan dalam menghiasi rumah.

 

Namun di kala ekonomi yang tidak menentu dan kos hiasan rumah yang semakin mahal, kita perlu berfikir di luar kotak untuk menghiasi ruang rumah yang bersesuaian untuk seisi keluarga. Tidak semestinya perlu berbelanja besar untuk menghiasi rumah. Dengan rujukan bijak dan kreatif, anda boleh menjimatkan kos dan mencipta bermacam-macam hiasan dengan cara ‘do it yourself’ (DIY).

 

Kali ini, kami ingin berkongsi projek DIY mudah yang boleh anda lakukan di rumah bersama seisi keluarga

 

Hiasan Dinding dengan Tampalan Setem

Warnakan dinding dengan kreativiti anda! Dengan menggunakan beberapa bahan asas, mari kita mulakan projek ‘DIY’ ini.

 

Bahan-bahan: Pilihan bentuk hiasan, cat, berus cat.

 

1. Pilih jenis hiasan seperti bentuk bunga, potongan kotak dengan cetakan ataupun apa jua bentuk tulisan. (Ikut kreativiti anda)

2. Gam dua keping Potongan kotak.

3. Sapukan cat di permukaan bentuk yang dipilih.

4. Tekapkan ke permukaan dinding dengan rata.

5. Ulang langkah 4 mengikut kreativiti dan kesesuaian anda.

6. Siap!

Apa jua bentuk atau hiasan yang menjadi pilihan, projek ini bakal menghasilkan hiasan dinding yang unik dan tersendiri. Perlu diingatkan, pastikan anda memilih warna latar yang sesuai untuk digandingkan dengan warna dan jenis tampalan setem tersebut. Projek ini juga sesuai dan mudah untuk dilakukan bersama anak-anak dan seisi keluarga yang lain.

 

Reference:

https://www.buzzfeed.com/pippa/diy-stamp-projects?utm_term=.nqa7eOeMx#.lq71Y8YeR