Mega 3 Housing Facebook

DIY – Hiasi Ruang Kediaman Anda Bersama Si Kecil


DIY – Hiasi Ruang Kediaman Anda Bersama Si Kecil

Mega-3-Hiasi-Ruang-Kediaman-DIY-Article-10thAug2017-FA-1.jpg
Mega-3-Hiasi-Ruang-Kediaman-DIY-Article-10thAug2017-FA-2.jpg
Mega-3-Hiasi-Ruang-Kediaman-DIY-Article-10thAug2017-FA-3.jpg


Deskripsi:


Hiasi Ruang Kediaman Anda Bersama Si Kecil!

Jika ruang dinding kediaman anda terasa kelam dan tidak bertenaga, cetuskan inspirasi ruang tersebut dengan projek mudah ini! Lagi menarik, anda boleh lakukan projek ini bersama si kecil bagi memupuk sifat kreatif dari usia muda.

 

Hiasan Kreatif Susunan Huruf

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Kain hiasan fabrik/Kertas warna/ Pembalut Hadiah (ikut kreativiti)

  2. Kotak bersaiz besar

  3. Gam

  4. Gunting

  5. Pensel

  6. Pembaris

  7. Huruf Pilihan

 

Cara-cara membuat:

  1. Potong sebahagian kota mengikut saiz yang dikehendaki

  2. Lukiskan huruf pilihan ke atas kotak menggunakan pensel

  3. Potong kotak mengikut lukisan huruf

  4. Ambil lapisan pilihan dan ukur 1.5 inci lebih daripada ukuran huruf yang dipotong

  5. Potong lapisan mengikut ukuran

  6. Gamkan lapisan tersebut dengan potongan huruf dengan gam

  7. Tunggu lekatan gam kering dan siap!

 

Anda boleh letakkan potongan huruf tersebut di ruangan dinding pilihan anda! Jika anda mencuba sesuatu berbeza, anda juga boleh membuat potongan nombor mahupun nama jika mahu. Serlahkan kreativiti anda dan selamat mencuba!

 

Source:

http://mydesiredhome.com/letters-wall-art-decor-made-from-fabric-and-cardboard/