Mega 3 Housing Facebook

Rumah Mampu Milik Terus Hangat Diperlukan oleh Rakyat Malaysia


Rumah Mampu Milik Terus Hangat Diperlukan oleh Rakyat Malaysia

Mega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-1.jpgMega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-2.jpgMega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-3_01.jpgMega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-3_02.jpgMega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-3_03.jpgMega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-4.jpgMega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-5.jpgMega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-6.jpgMega-3-Rumah-Mampu-Milik-Diperlukan-Article-7thDec2017-FA-7.jpg

Deskripsi:
 

Rumah Mampu Milik Terus Hangat Diperlukan oleh Rakyat Malaysia

Menurut The Star, Bank Negara melaporkan kadar kelulusan pembiayaan rumah kekal tinggi iaitu pada 74.2% pada suku pertama 2017.

Ditambah oleh Menteri Kewangan Dua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, jumlah keseluruhan RM22.3 bilion telah pun diluluskan untuk 90,137 pemohon, di mana 72% merupakan pembiayaan rumah pertama pemohon.

Jelas beliau, ini merupakan kesan positif menunjukkan kestabilan situasi kewangan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya bagi para pemohon.

Menurut kajian Bank Negara, isu rumah mampu milik pada tahun 2012 hingga 2014 lebih kritikal akibat permintaan dan bekalan yang tidak seimbang di negara.

Pada ketika itu, bekalan rumah baharu merosot walaupun permintaan meningkat, iaitu pada purata 85,000 unit berbanding 118,000 isi rumah baharu. Perbezaan kelihatan stabil pada tempoh 2007 hingga 2009 di mana bekalan rumah mencapai keperluan tersebut.

Perkara ini sering terjadi di negeri Kuala Lumpur, Penang dan Johor di mana negeri tersebut telah menjadi pusat ekonomi yang kian berkembang, menjadikan ia kawasan yang hangat untuk didiami dan memulakan kehidupan.

Dengan kadar ekonomi terkini dan statistik tahap isi rumah negara, rumah mampu milik sentiasa menjadi permintaan utama negara.

Mega 3 Housing selaku pemaju perumahan negara berazam membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Dengan slogan “we build affordable houses”, kejayaan Mega 3 Housing terus melebarkan sayapnya.

Sehingga kini, pemaju telah berjaya menyerahkan lebih 7,000 kunci kepada para pembeli, sekaligus merealisasikan pembeli untuk memiliki kediaman sendiri. Dengan #TrackRecordTerbukti yang tercatat, Mega 3 Housing dilihat sebagai pemaju yang bertanggungjawab dan diyakini di mata pembeli.

Mega 3 Housing menawarkan pelbagai pilihan jenis kediaman mampu milik untuk anda. Antaranya ialah projek:

  • Taman Bayu Indah, Banting – rumah teres satu tingkat (bermula RM268,000),

  • Taman Bentara 7, Telok Panglima Garang – rumah teres dua tingkat (bermula RM408,800)

  • Taman Bentara 4 – rumah semi-d 1 tingkat (bermula RM408,800).

Dengan harga yang berpatutan, lokasi projek tersebut juga memberikan potensi hebat untuk masa depan. Jika dilihat, kediaman di Telok Panglima Garang (TPG) bakal menjadi tumpuan setelah penyiapan jajaran LRT3 yang akan berakhir di stesen Johan Setia, 9KM dari TPG.

Sekitar Taman Bayu Indah, Banting akan disiapkan Morib Bay Resort City (2.5km dari Taman Bayu Indah) di mana lokasi tersebut dilengkapi taman tema air dan safari untuk aktiviti seisi keluarga. Projek ini juga berhampiran dengan Pantai Morib! Ia sesuai untuk tujuan kediaman mahupun pelaburan (homestay).

Mega 3 Housing akan terus membawakan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Kepercayaan rakyat Malaysia akan terus mencetuskan semangat pemaju untuk membawakan rumah mampu milik demi kelestarian negara.

Untuk melihat senarai projek perumahan, klik sini: https://www.mega3.com.my/projek-kami/projek

Kira dan cari rumah idaman anda! Klik sini: https://www.mega3.com.my/alat-pembeli-hartanah/kalkulator-pinjaman-perumahan-mampu-milik/

Sumber asal artikel: https://www.nst.com.my/property/2017/10/288069/malaysias-housing-market-glut-due-oversupply-high-end-properties