Mega 3 Housing Facebook

Langkah-langkah Pengeluaran Akaun II KWSP: Beli Rumah Pertama


Langkah-langkah Pengeluaran Akaun II KWSP: Beli Rumah Pertama

Pencarum KWSP boleh beli rumah?! Ramai tak tahu info ini! 

Kalau anda baca post ini, kemungkinan besar anda ada caruman KWSP. Tahukah anda, bahawa anda boleh gunakan duit dalam Akaun 2 untuk beli rumah pertama? Tak tahu? 
Sebab itulah anda kena terus baca! 
 

Untuk layak mengeluarkan KWSP (akaun 2) untuk beli rumah, anda hanya perlu penuhi 6 syarat sahaja: 
1.    Anda warganegara Malaysia/ Bukan warganegara
2.    Permohonan pinjaman diluluskan
3.    Untuk membeli rumah kediaman saja
4.    Umur bawah 55 tahun
5.    Tak pernah buat pengeluaran perumahan
6.    Akaun 2 ada jumlah RM500 atau lebih

Pastinya, ramai antara anda yang baca layak kan? 
Ada banyak manfaat menjadi pencarum KWSP, tapi ramai tak tahu semua manfaatnya. 
Bayangkan, segala penat lelah anda bekerja dengan majikan dan mencarum selama bertahun itu membuahkan hasil: sebuah rumah kediaman untuk anda dan keluarga. 

Bagaimana caranya? 
1. Log masuk ke akaun ahli KWSP di kwsp.gov.my
1-1.png
**Nota: Semasa post ini ditulis, i-akaun versi baru masih belum lagi boleh digunakan untuk tujuan pengeluaran. Tapi Ahli masih boleh gunakan i-akaun klasik untuk membuat permohonan pengeluaran. 

2. Klik link “PENGELUARAN” pada bahagian menu di atas.
2-3.png3. Klik pada butang “Permohonan Baharu”.
3-3.png4. Klik pada butang “Pilih Satu”, pilih pilihan “Beli/Bina Rumah”, dan tekan butang “Seterusnya”.
4-1.png5. Pastikan anda sudah memenuhi semua senarai semak e-pengeluaran, sebelum meneruskan proses pengisian borang.
5-1.png6. Isi borang ikut info yang diminta dan klik butang “Seterusnya”.
6-1.png
**Nota: Sekiranya anda ingin membiayai sendiri atau memohon pembiayaan dari institusi selain 5 institusi yang disenaraikan dalam borang, maka anda perlu hadir ke kaunter KWSP secara fizikal. 

7. Anda akan menerima mesej sama ada anda layak atau tidak untuk meneruskan proses pengeluaran ini. Sekiranya anda hadapi sebarang masalah, anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau kunjungi Pejabat KWSP berdekatan.

Itu saja! Begitu mudah!
 

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksible)

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan penyusunan semula akaun ahli untuk meningkatkan jaminan pendapatan persaraan sekaligus bagi menangani keperluan jangka pendek ahli. 

Berikut adalah penyusunan tiga akaun baharu KWSP: 
Jenis Akaun KWSP
Akaun Persaraan
Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.

Akaun Sejahtera
Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.

Akaun Fleksibel
Iaitu Akaun 3, yang memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek. 

Untuk maklumat lanjut, akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Penstrukturan Semula Akaun KWSP
Menurut laman sesawang rasmi KWSP, 
• Pengeluaran boleh dilakukan bila-bila masa daripada Akaun 3 melalui aplikasi KWSP i-Akaun. 
• Belum mencapai umur 55 tahun 
• Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. 
• Had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50.

Jadi, bilakah ahli boleh mula memilih pilihan pindahan amaun permulaan? 

12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024 


Ingat, pilihan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan

Pindahan Amaun Permulaan
Contohnya:
Baki simpanan Akaun Sejahtera RM3,000 dan ke atas
lebih-3000.jpg

Baki simpanan Akaun Sejahtera melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000
1000-3000.jpg

Baki simpanan Akaun Sejahtera RM1,000 dan ke bawah
bawah-1000.jpg


Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.kwsp.gov.my/ms/w/info-akaun-3-kwsp

Sumber:
Portal KWSP