Mega 3 Housing Facebook

TPG: Keseimbangan Pembangunan Progresif dan Kehijauan Mendamaikan


TPG: Keseimbangan Pembangunan Progresif dan Kehijauan Mendamaikan

TPG: Keseimbangan Pembangunan Progresif dan Kehijauan Mendamaikan

JOMTPG-Keseimbangan-1.jpg
JOMTPG-Keseimbangan-2.jpgJOMTPG-Keseimbangan-3.jpgJOMTPG-Keseimbangan-4.jpgJOMTPG-Keseimbangan-5.jpgJOMTPG-Keseimbangan-6.jpg
Deskripsi:

Telok Panglima Garang: Keseimbangan Pembangunan Progresif dan Kehijauan Mendamaikan

Terletak di daerah Kuala Langat, Telok Panglima Garang bukan lagi lokasi terpinggir di negeri Selangor. Pelbagai pembangunaninfrastruktur dan kemudahan asas kini semakin memenuhi kawasan tersebut. Projek seperti LRT3 dan KSL City Mall juga bakal tiba sebagai langkah kanan untuk keperluan masyarakat setempat.

Namun di sebalik kesibukan pembangunan yang giat, Telok Panglima Garang juga dikelilingi dengan kehijauan alam flora dan fauna yang mendamaikan. Sesuai untuk lokasi riadah dan aktiviti keluarga, tempat-tempat ini semestinya berbaloi untuk dikunjungi.

Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang merupakan hutan yang masih terpelihara keindahannya. Menjadi habitat untuk pelbagai spesis liar seperti monyet dan ikan tembakul, hutan ini sesuai untuk aktiviti seisi keluarga. Dengan trek laluan yang tersedia, anda pasti terpukau dengan keindahan suasana hijau hutan tersebut.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti ekstrem pula, Bukit Jugra adalah tempatnya. Bukan sahaja ia kaya dengan sejarah, anda juga boleh melakukan aktiviti luncur angin atau lebih dikenali sebagai ’paragliding’! Dengan aktiviti ini, anda bakal disajikan dengan pemandangan indah ketika meluncur di udara. Aktiviti ini wajib anda cuba sekiranya anda ke sini. Jadikan memori anda di Bukit Jugra lebih bermakna bersama yang tersayang!

Telok Panglima Garang dikelilingi dengan keindahan pantai. Bukan sahaja sesuai untuk bersiar-siar, malahan anda juga boleh berpiknik sambil menikmati deruan angin di tepi pantai. Pantai Kelanang dan Pantai Morib adalah lokasi sempurna untuk seisi keluarga menikmati masa bersama. Indah bukan? Dan jika anda berkesempatan, anda juga boleh membawa keluarga anda ke Morib Gold Coast Resort. Kemudahan resort ini yang menghadap Selat Melaka ini memberikan anda keindahan pantai yang anda perlukan. Dilengkapi juga taman tema air mini untuk si kecil, tempat ini sesuai untuk anda dan seisi keluarga berehat.

 

Paya Indah Wetland juga memberikan anda pengalaman semula jadi yang menyeronokkan. Hanya 38 minit masa perjalanan, tempat ini mempunyai keluasan 3,100 hektar yang merangkumi pelbagai jenis ekosistem. Lokasi ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga seperti berbasikal, berkayak, ‘jungle trekking, ‘birdwathing’, ‘batik painting’ dan sebagainya. Dibuka setiap hari dengan kemasukan percuma, tempat ini bakal memberikan anda dan seisi keluarga 1001 pengalaman manis bersama.

Ternyata Telok Panglima membawakan keseimbangan pembangunan dan alam sekitar. Dengan pelbagai lokasi keindahan alam semula jadi yang mengelilingi, pengalaman kehidupan anda semestinya memberikan kelainan. Bukan sahaja Telok Panglima Garang berpotensi tinggi di masa akan datang, namun ia juga mengekalkan kestabilan ekosistemnya. Sama ada untuk tujuan kediaman mahupun pelaburan, Telok Panglima Garang ada segalanya. Inilah lokasi ideal untuk anda dan seisi keluarga menjalani kehidupan di samping mencipta memori indah bersama.

Ketahui lebih lanjut tentang Telok Panglima Garang di jomtpg.com.my.