Mega 3 Housing Facebook

Jenis Pinjaman Perumahan


Jenis Pinjaman Perumahan

Jenis Pinjaman Perumahan Di Malaysia
Mega3_Article_JenisPinjamanPerumahan_1.jpg
Mega3_Article_JenisPinjamanPerumahan_2.jpg
Mega3_Article_JenisPinjamanPerumahan_3.jpg
Mega3_Article_JenisPinjamanPerumahan_4.jpg
Mega3_Article_JenisPinjamanPerumahan_5.jpg
Mega3_Article_JenisPinjamanPerumahan_6-(1).jpg
Mega3_Article_JenisPinjamanPerumahan_9-(1).jpg

 
 
 
 DESKRIPSI : 

Jenis  dan kategori pinjaman perumahan di Malaysia.
Membeli rumah merupakan pengalaman yang sememangnya menyeronokkan, terutama bagi pembeli rumah pertama.   Ia merupakan penanda aras dalam kehidupan yang menunjukkan kita sudah melangkah ke satu fasa baharu dalam hidup.
Namun, sebelum membeli rumah idaman, para pembeli harus mempunyai beberapa pengetahuan asas dalam urusan pembelian rumah. Artikel kali ini mengupas tentang jenis-jenis pinjaman perumahan yang terdapat di Malaysia.
Sebelum mengupas dengan lebih lanjut, bakal  pembeli rumah harus memahami satu terma penting dalam mana-mana pinjaman iaitu Kadar Asas Pinjaman atau Base Rate (BR).[K1] 
Terdapat tiga kategori utama pinjaman perumahan yang disediakan pihak bank.

  1. Pinjaman asas- pinjaman asas merupakan pinjaman yang ditetapkan tempoh pembayarannya dankadar ansuran bulanan. Jika anda mengambil pinjaman asas ini, kebiasannya bank tidak akan mengurangkan kadar bunga sekiranya anda membuat lebihan bayaran.  Sebarang lebihan bayaran akan dianggap sebagai pra-pembayaran untuk ansuran akan datang. Ia tidak mengurangkan kadar bunga yang dikenakan kecuali jika anda memohon kepada bank tersebut.
 
  1. Pinjaman fleksi-  Pinjaman fleksi member kemudahan kepada peminjam untuk membuat lebihan bayaran bagi mengurangkan kadar bunga. Namun, peminjam boleh mengeluarkan lebihan bayaran yang dibuat pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dalam pakej pinjaman fleksi, peminjam  akan mendapat akaun pinjaman hartanah yang akan dihubungkan dengan akaun semasa. Ansuran bulanan akan dibayar melalui akaun semasa dan dibayar ke akaun pinjaman. Sekiranya peminjam membuat bayaran lebih, jumlah pinjaman prinsipal akan dikurangkan dan seterusnya mengurangkan kadar bunga.
 
  1. Pinjaman semi-fleksi- Pinjaman semi fleksi merupakan kategori pinjaman yang memberi pilihan kepada peminjam untuk membuat lebihan  bayaran untuk mengurangkan kadar bunga tanpa memerlukan kebenaran bank.
 
Bagi kebanyakan bakal pembeli rumah,  mereka akan memilih antara fleksi dan semi-fleksi kerana pembayaran semula yang fleksibel , namun sekiranya peminjam tidak mempunyai lebihan tunai untuk membuat bayaran tambahan, mereka boleh memilih pinjaman asas. Jadi, amat penting untuk bakal pembeli rumah menganalisa  sumber dan tahap kewangan mereka supaya mereka memilih kategori pinjaman yang bersesuaian.
Pembeli rumah boleh melayari internet untuk melihat perbandingan BR, dan kategori pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank yang terdapat di Malaysia. Selain itu mereka digalakkan untuk pergi ke bank dan bertanya dengan penasihat kewangan  di cawangan bank.
Setelah mengetahui kategori pinjaman, bakal pembeli rumah harus mengetahui jenis-jenis pinjaman perumahan.  Umumnya,  terdapat dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu pinjaman konvensional dan pinjaman islamik.
 
  1. Pinjaman konvensional-  Secara umumnya, pinjaman convensional bermakna peminjam akan membayar semula pinjaman tersebut dalam waktu yang ditetapkan  bersama kadar faedah yang telah ditetapkan pihak bank.
 
  1. Pinjaman Islamik- Walaupun mempunyai beberapa persamaan dengan pinjaman konvensional, kebanyakan pinjaman perumahan Islamik  merupakan patuh-syariah dan berbeza dengan pinjaman konvensional dari segi konsep dan prinsip. Dalam pinjaman konvensional, bank mendapat faedah daripad peminjam . Dalam pinjaman Islamik, pinjaman tersebut tidak didasari oleh kadar faedah. Terdapat dua jenis Pinjaman Perumahan Islamik iaitu Bai’ Bithaman Ajil (BBA) dan Musharakah Mutanaqisah (MM).
2.a) Bai’ Bithaman Ajil (BBA)-  Pembayaran ini menggunakan konsep beli dan jual. Ini bermakna, bank membeli rumah yang dikehyendaki pembeli terlebih dahuu sebelum menjual semula kepada pembeli tersebut dengan harga baharu  iaitu kos asal harga dan margin keuntungan untuk bank.  Pihak bank dan pembeli bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.
 
2.b) Musharakah Mutanaqisah (MM)-  Konsep pembayaran rumah MM berasaskan perkongsian. Ini bermakna, pembelian dan pemilikan rumah dilakukan oleh pihak bank dan juga pembeli. Bank kemudian memajak pemilikannya kepada pembeli dan pembeli pula akan membeli pemilikan bank dalam hartanah berkenaan.  Pembeli rumah membayar sewa keapda bank di bawah ijarah. Sebahagian dari kadar sewa tersebut digunakan untuk membeli pemilikan bank  ke atas hartanah itu.
 
Kesimpulannya, bakal pembeli rumah harus meneliti dua aspek penting sebelum membuat pinjaman perumahan iaitu kategori pinjaman dan jenis pinjaman. Kesemua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu difikirkan mengikut kesesuaian bakal pembeli. Tidak ada satu jenis pinjaman yang sesuai untuk semua. Memandangkan rumah merupakan aset jangka panjang, maka bakal pembeli rumah  harus memikirkan status kewangan mereka serta kemampuan untuk membayar pinjaman dalam jangka masa panjang.  Perbankan di negara ini menawarkan banyak produk pembayaran perumahan yang boleh dipilih oleh pembeli rumah.