Mega 3 Housing Facebook

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan


Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan

BPP01.gif
BPP02.gif
BPP03-(1).gif
BPP04.gif
BPP05.gif
BPP06.gif
BPP07.gif
BPP08.gif
BPP09.gif
BPP10.gif
BPP11.gif
BPP12.gif
BPP13.gif
BPP14.gif
BPP15.gif
 


Deskripsi

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Ingin membeli sebuah kediaman? Bekerja sebagai kakitangan kerajan? Bagaimana membuat pinjaman perumahan kerajaan?  

Bagi kakitangan kerajaan, anda bertuah kerana pinjaman perumahan kerajaan adalah pinjaman yang mempunyai interest paling rendah sehingga kini, dan boleh lulus sehingga 100%.

Justeru, sebagai kakitangan kerajaan, anda perlu sedar dan bersyukur dengan keistimewaan yang anda miliki

Apa tunggu lagi, ambillah peluang yang ada!

Disini, kami kongsikan serba sedikit pengalaman pegawai Bahagian Jualan & Pemasaran dalam menguruskan para pembeli daripada kakitangan kerajaan .
  1. Kelayakan Asas & Pinjaman – Berurusan dengan LPPSA
 
Kelayakan asas merupakan perkara perlu difahami sebelum anda membuat komitmen untuk membeli rumah dan seterusnya membuat permohonan pinjaman.
 
  • Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan
  • Bagi syarat asas pinjaman, anda boleh semak di link berikut http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/carta-alir-proses-pinjaman
 
  1. 2 perkara yang sering digunakan untuk menentukan kelayakan :
 
  • Peraturan LPPSA : kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling dengan syarat potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji pokok (tidak termasuk potongan lain).
 
  • Peraturan Jabatan : Ada diantara sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok+elaun-elaun = gaji kasar) termasuk potongan lain yang berada di dalam slip gaji. Oleh itu, pastikan dahulu sama ada jabatan anda ada menggunapakai peraturan ini sebelum membeli rumah atau sebaliknya.
 
Contoh yang selalu digunakan :

Langkah pertama

Anda perlu rujuk kelayakan pinjaman mengikut jadual seperti di dalam pekeliling.
Untuk lihat lebih jelas sila klik link berikut
http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/2015-11-02-01-20-39/kelayakan-pembiayaan
Jadual ini hanya rujukan bagi tangga gaji pokok untuk kelayakan pinjaman perumahan. Untuk melihat kelayakan sebenarnya, anda perlu buat sedikit perkiraan berdasarkan kemampuan anda. Mari ikuti langkah ke-2.

Langkah ke-2
LPPSA telah mengariskan 60% daripada gaji kasar sebagai kelayakan komitmen pemohon, dimana ia mengambil kira kemampuan dan komitmen bulanan anda.
 
Jumlah potongan + ansuran bulanan < 60% Gaji Kasar
                               (A)                                             (B)
Contoh :
  1. Potongan(RM700) + Ansuran bulanan (RM1850) = RM2550
 
  1. Gaji Pokok (RM4000) + elaun(RM500)  = Gaji Kasar (RM4500)
              RM4500     x  60%   = RM2700
      =   (A) < (B)
             RM2550  <    RM2700   (LAYAK)                                                                                   
 
  1. Setelah jelas kelayakan anda akan lulus, anda perlulah mengisi borang ‘online’ Pinjaman Perumahan Perbendaharaan SPPP/SPPI dan mendapatkan tanda tangan Ketua Jabatan anda pada borang tersebut bersama beberapa dokumen yang lain seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan
    2. Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terkini
    3. Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan
    4. Salinan Surat Pengesahan Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen
Bagaimanapun terdapat juga beberapa dokumen daripada pihak pemaju yang perlu dihantar bersama, untuk melalui proses pinjaman tersebut seperti:
  1. Salinan Fotostat Suratan Hakmilik Individu
  2. Salinan Fotostat Surat Perjanjian Jualbeli
  3. Borang 3b/1999 untuk Kes yang mempunyai Hakmilik Individu
  4. Borang 5B - AKUJANJI PEMAJU & PERAKUAN FIRMA PEGUAM
  5. JADUAL IV (KEEMPAT) - Surat Kuasa Wakil
  6. Lesen Pemaju & Permit Iklan dan Jualan
 
  1. Setelah pinjaman anda diluluskan, anda perlu menyempurnakan Borang Setuju Terima Amaun dan Syarat-syarat pinjaman dengan mendapatkan pengesahan daripada Ketua Jabatan anda dan diserahkan kepada Bahagian Pinjaman Perbendaharaan pada tempoh yang ditetapkan. Sila klik link bagi maklumat lengkap. http://www.lppsa.gov.my/v1/
  2. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga seperti meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan, anda boleh klik link berikut http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/2015-11-02-01-20-39/tanggungjawab-ketua-jabatan
 
Sebagai langkah selamat, anda perlu mengukur keupayaan untuk membayar balik pinjaman seperti semak semula komitmen yang ada. Pandangan kami, anda sendiri haruslah bijak dalam membuat percaturan kewangan keluar masuk anda. Hal ini lebih kepada pengurusan kewangan bulanan anda sendiri. Sekiranya anda terlalu banyak tanggungan, dikuatiri akan berlakunya kesukaran untuk membuat bayaran bulanan, sungguhpun pinjaman anda lulus dengan jayanya.