Tinggal di TPG, Kerja di Bandar

Tinggal di TPG, Kerja di Bandar

Tinggal-di-TPG-bekerja-di-bandar-1.jpg

Telok Panglima Garang bukanlah lokasi asing lagi bagi mereka yang ingin membeli kediaman dan menetap di sana. Pelbagai kemajuan dan pembangunan infrastruktur kini dapat dilihat berkembang maju demi kebaikan semua pihak. Antaranya ialah seperti KSL City Mall dan Stesen LRT3 Johan Setia yang bakal tiba.

Pelbagai akses lebuh raya juga mengelilingi Telok Panglima Garang agar perjalanan harian menjadi lebih efisien. Kawasan ini semestinya bakal menjadi tumpuan penempatan baharu dan pusat ekonomi di masa hadapan.

The Edge Property telah menjalankan satu kajian di kalangan pemuda bekerja antara umur 22-32 tahun.
Tinggal-di-TPG-bekerja-di-bandar-2.jpg

Kehadiran pelbagai pembangunan kondominium dan apartment sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur telah mengubah corak kediaman golongan muda. Lokasi optimum dan akses mudah menjadikan jenis kediaman ini sebagai trend dan gaya kehidupan di bandar.

Pelbagai respon dan jawapan telah pun dicatatkan semasa kajian tersebut. Namun dengan situasi kewangan dan harga hartanah semasa, adakah golongan muda mampu untuk miliki kediaman impian mereka? Bagaimanakah harga hartanah di Kuala Lumpur dan TPG? Mari kita bandingkan.

Tinggal-di-TPG-bekerja-di-bandar-3.jpg
Menurut rekod terkini rumah teres dua tingkat dengan keluasan 2156 kps di Jalan Merbok TPG, anggaran ansuran bulanan kini bernilai RM1853.28 pada harga RM189.6 kps. Berbanding dengan ‘serviced apartment’ keluasan 600kps di Bukit Seri Bintang Kuala Lumpur, di mana anggaran ansuran bulanan berharga RM1681.92! Keluasan kediaman yang begitu ketara dapat dilihat. Walaupun lokasi berbeza, namun banyak perkara perlu dipertimbangkan. Terutamanya pada keluasan kediaman yang dimiliki.
Tinggal-di-TPG-bekerja-di-bandar-4.jpg

Berdasarkan rekod yang dikongsi, ternyata pembeli dapat memiliki kediaman lebih luas di TPG! Nilai hartanah yang terlalu ketara dapat dilihat di antara lokasi-lokasi tersebut. Walaupun harga memainkan faktor penting dalam pembelian rumah, pembeli juga menitikberatkan lokasi kediaman dan tempat kerja.

Siapa kata TPG jauh dari pusat bandar? Jom kita rungkai perbandingan waktu perjalanan dari lokasi tertentu.

Tinggal-di-TPG-bekerja-di-bandar-5.jpg
Perjalanan dari TPG ke Shah Alam pada 7 pagi pula mengambil 34 minit manakala dari Kuala Lumpur pula pada 25 minit. Pada sebelah 6 petang pula, perjalanan pulang ke TPG dari Shah Alam hanyalah 39 minit manakala untuk ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 1 jam 21 minit!

Tinggal-di-TPG-bekerja-di-bandar-6.jpg

Begitu juga dengan perjalanan merentasi bandar-bandar lain seperti Puchong, Cyberjaya dan Subang. Masa perjalanan pergi dan pulang tidaklah begitu ketara. Dengan rekod tersebut, TPG dilihat tidak begitu jauh sekiranya anda merancang perjalanan dengan berhemah.

Tambahan dengan pelbagai kemudahan akses lebuh raya melingkari seperti SKVE, MEX, LKSA dan ELITE, perjalanan keluar masuk TPG bukanlah sukar seperti yang dijangka. Turut membantu juga, pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (KLIA-Taiping) yang dijangka siap pada 2019. Jadi, anda masih rasa TPG jauh lagi?

Ternyata TPG bakal menjadi pusat tumpuan penempatan untuk jangka masa panjang. Dengan pelbagai pembangunan progresif yang bakal tiba, ia dijangka memanfaatkan penduduk setempat di samping menjana peningkatan ekonomi setempat. Jika anda masih tertanya-tanya ke mana lagi harus dituju selepas ini? Hanya satu jawapan kami: Telok Panglima Garang.

Deskripsi:
 
Tinggal di TPG, Kerja di Bandar

Telok Panglima Garang bukanlah lokasi asing lagi bagi mereka yang ingin membeli kediaman dan menetap di sana. Pelbagai kemajuan dan pembangunan infrastruktur kini dapat dilihat berkembang maju demi kebaikan semua pihak. Antaranya ialah seperti KSL City Mall dan Stesen LRT3 Johan Setia yang bakal tiba.

Pelbagai akses lebuh raya juga mengelilingi Telok Panglima Garang agar perjalanan harian menjadi lebih efisien. Kawasan ini semestinya bakal menjadi tumpuan penempatan baharu dan pusat ekonomi di masa hadapan.

Menurut kajian yang dijalankan di kalangan pemuda bekerja antara umur 22-32 tahun anjuran The Edge Property, 60% daripada mereka kini sedang merancang untuk membeli kediaman untuk keperluan sekarang atau di masa hadapan.

39% daripada mereka berpendapatan bulanan sebanyak RM4000 dan ke atas. Manakala 53% responden mencatatkan mereka tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada ibu bapa mahupun orang lain. Turut menambah, 43% responden mengatakan harga rumah yang mampu dimiliki adalah sekitar RM300,000 sehingga RM500,000.

Dengan rekod responden yang terkumpul setakat ini, sebilangan besar daripada mereka stabil dalam kewangan. Malahan, rata-rata responden juga kini merancang untuk membeli kediaman sendiri. Hal ini menunjukkan kesedaran positif golongan muda dalam kesedaran memilki kediaman di usia muda di samping juga mengekalkan rekod kewangan yang stabil.

Tetapi apa pula lokasi pilihan kediaman para responden? Menurut kajian tersebut juga, 3 lokasi telah dipilih iaitu Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Manakala untuk jenis kediaman pilihan pula, sebanyak 58% responden berminat dengan kondominium atau rumah teres manakala 37% responden memilih apartment atau ‘serviced apartment’.  

Kehadiran pelbagai pembangunan kondominium dan apartment sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur telah mengubah corak kediaman golongan muda. Lokasi optimum dan akses mudah menjadikan jenis kediaman ini sebagai trend dan gaya kehidupan di bandar.

Pelbagai respon dan jawapan telah pun dicatatkan semasa kajian tersebut. Namun dengan situasi kewangan dan harga hartanah semasa, adakah golongan muda mampu untuk miliki kediaman impian mereka? Bagaimanakah harga hartanah di Kuala Lumpur dan TPG? Mari kita bandingkan.

Menurut rekod terkini rumah teres dua tingkat dengan keluasan 2156 kps di Jalan Merbok TPG, anggaran ansuran bulanan kini bernilai RM1853.28 pada harga RM189.6 kps. Berbanding dengan ‘serviced apartment’ keluasan 600kps di Bukit Seri Bintang Kuala Lumpur, di mana anggaran ansuran bulanan berharga RM1681.92! Keluasan kediaman yang begitu ketara dapat dilihat. Walaupun lokasi berbeza, namun banyak perkara perlu dipertimbangkan. Terutamanya pada keluasan kediaman yang dimiliki.

Begitu juga rumah semi-D Jalan Balam TPG pada keluasan 1545 kps, dengan anggaran ansuran bulanan  RM1853.28. Berbeza dengan sebuah unit SOHO di Seksyen 14 Shah Alam pada keluasan hanya 775 kps, di mana anggaran ansuran bulanan direkodkan bernilai RM1813.39!

Berdasarkan rekod yang dikongsi, ternyata pembeli dapat memiliki kediaman lebih luas di TPG! Nilai hartanah yang terlalu ketara dapat dilihat di antara lokasi-lokasi tersebut. Walaupun harga memainkan faktor penting dalam pembelian rumah, pembeli juga menitikberatkan lokasi kediaman dan tempat kerja.

Siapa kata TPG jauh dari pusat bandar? Jom kita rungkai perbandingan waktu perjalanan dari lokasi tertentu.

Perjalanan dari TPG ke Shah Alam pada 7 pagi pula mengambil 34 minit manakala dari Kuala Lumpur pula pada 25 minit. Pada sebelah 6 petang pula, perjalanan pulang ke TPG dari Shah Alam hanyalah 39 minit manakala untuk ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 1 jam 21 minit!

Diikuti perjalanan dari TPG ke Putrajaya pada 7 pagi, rekod mencatatkan 43 minit berbanding dari Kuala Lumpur iaitu 35 minit. Namun, berbeza pula pada jam 6 petang. Untuk pulang ke TPG, ia hanya memakan 39 minit manakala dari Kuala Lumpur pula 1 jam 15 minit!