Boleh ke nak kumpul RM1000 dalam masa 3 bulan?


Boleh ke nak kumpul RM1000 dalam masa 3 bulan?


Sesi AA - Episod #9: Boleh ke nak kumpul RM1000 dalam masa 3 bulan?

Deskripsi:

Dalam video-video yang lepas, saya sudah sebut tentang RM1000 challenge, iaitu satu
cabaran untuk anda kumpul RM1000 dalam masa 3 bulan.

Dalam video ini, saya ingin terangkan bagaimana untuk capai RM1000 dalam masa 3
bulan. Mula-mula kita bahagikan RM1000 dengan 3 untuk tahu berapa banyak yang perlu
kumpul dalam sebulan.

RM1000/3 = RM334 sebulan.

Ada 2 cara yang boleh digunakan untuk capai target bulanan tu, berdasarkan income
bulanan masing-masing. Ya lah, kita semua berbeza-beza kan?

#1: Cara mudah
#2: Cara hati-hati

Untuk cara mudah, apabila duit masuk terus cut 20% dan simpan sebagai target RM334
sebulan. Tapi cara ini hanya sesuai untuk mereka yang punyai gaji yang cukup di mana
20% cukup atau lebih dari RM334.

Contohnya, jika gaji kita RM1700 sebulan, maka 20% daripadanya adalah RM340 (lebih
dari RM334 yang diperlukan). Masuk duit, potong terus 20% untuk simpanan dan simpan
dalam akaun yang kita takkan kacau seperti fixed deposit atau Tabung Haji.

Selepas potong 20%, duit berbaki itu boleh digunakan untuk belanja.

Tapi bagaimana jika 20% tu tak cukup RM334? Maknanya, gaji bulanan kita tak cukup
tinggi. Jadi, kita guna cara hati-hati.

Kita mula dengan kira 20% gaji kita. Setelah itu, kita kira berapa banyak kita perlukan
untuk cukupkan RM334. Kita cari ruang-ruang dalam belanjawan bulanan kita yang kita
boleh cut and save untuk cukupkan RM334 dalam bulan itu.

Contohnya, jika gaji kita RM1200 sebulan, maka 20% daripadanya adalah RM240 sahaja
iaitu lebih rendah daripada RM334 yang kita perlukan. Kita perlukan RM94 untuk cukup
RM334.

Kita senaraikan belanjawan bulanan kita daripada keperluan hinggalah kemahuan.

Dalam senarai kita itu, kita mula dengan kemahuan dulu dan cari ruang-ruang yang kita
boleh cut and save. Gantikan apa yang kita cut dengan sesuatu yang lebih murah atau
free, tanpa mengganggu keselesaan kehidupan kita.

Mungkin kita boleh kurangkan entertainment atau gantikan dengan entertainment yang
tidak terlalu mahal atau free. Mungkin kita boleh kurangkan makan di luar dan banyakkan
memasak di rumah. Mungkin kita boleh kurangkan duit top up smartphone kita atau cari
pelan baru yang lebih murah.

Itulah dia 2 kaedah mudah untuk mengumpul RM1000 dalam masa 3 bulan.

Saya harap anda akan menyahut RM1000 challenge ini dan kongsikanlah pengalaman
anda dengan kami dan penonton-penonton yang lain di bahagian komen di bawah.