Mega 3 Housing Facebook

Menambah Pendapatan Sampingan(2)


Menambah Pendapatan Sampingan(2)

Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part1.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part2.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part3a.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part3b.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part4.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part5a.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part5b.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part6.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part7.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part8.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part9.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part10.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part11.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part12-(1).jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part13.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part14.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part15.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part16a.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part16b.jpg
Mega3_ExtraIncome_NewsletterBahagian2_28thMarch2016_part17.jpg
Rujukan: The Edge Malaysia 4th January  2016 - A Guide to  Earning More Side Income

Klik sini untuk artikel    Menambah Pendapatan Sampingan(1)

Deskripsi: 

Setelah kelima-lima asas diatas  dihuraikan, maka wajarlah kita cuba mengkaji dan melihat beberapa kaedah untuk mencari pendapatan sampingan.

  1. Kemahiran-  Setiap orang pasti mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu diluar bidang pekerjaan professional. Seseorang yang menggemari fotografi atau rekaan grafik boleh menjalankan kerja  secara ‘freelance’ untuk menambah pendapatan sampingan. Pokoknya, buat pekerjaan sampingan berdasarkan kemahiran dan minat masing-masing.

 

Antara tujuh kemahiran yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan sampingan

  1. Pereka grafik- Sesiapa yang mempunyai kemahiran dalam rekaan grafik boleh memuatnaik hasil kerja mereka di  laman web seperti linkedin, upwork, atau laman web sendiri.
  2. Pereka web-  Anda boleh memuatnaik hasil kerja anda di laman seperti freelance.com atau startujobs.asia selain mempromosikan portfolio anda di laman facebook seperti WebcamKL.
  1. Penulis bebas- Banyak agensi, institusi dan syarikat memerlukan penulis bebas untuk menulis laporan, poster, brochure, manual latihan, buku tahunan dan sebagainya. 
  2. Mengajar- Di Malaysia, pusat pembelajaran dan pusat tuisyen berkembang untuk memenuhi permintaan sesi pelajaran tambahan untuk para pelajar sekolah. Anda boleh menjadi pengajar separuh masa untuk subjek yang bersesuaian dengan anda. 
  3. Fotografi- Sekiranya anda mempunyai sebuah kamera DSLR bersama beberapa aksesori lain seperti flash, anda boleh menjadi jurugambar sambilan untuk majlis-majlis perkahwinan, malam gala dan juga sesi fotografi studio sekiranya anda boleh menyewa sebuah studio.
  4. DJ- Anda boleh menjadi DJ dimana-mana gig, konsert atau majlis sekiranya anda mempunyai kepakaran yang diperlukan. Anda boleh menyertai group DJ di Facebook atau bertanya sendiri mengenai kekosongan kerja itu di kelab-kelab  berdekatan.
  5. Artis solekan- Sekiranya anda mempunyai kepakaran dalam bidang solekan, anda boleh mempromosikan kepakaran anda di media social. Kebiasaannya, artis solekan diperlukan untuk majlis perkahwinan dan majlis makan malam dan malam gala.

 

  1. Perniagaan- Anda boleh menjalankan beberapa jenis perniagaan sampingan seperti mejual produk buatan sendiri . Selalunya, orang menjual makanan seperti biskut, kek, dan tudung/pakaian yang dijahit sendiri.
  2. Bekerja di rumah- Anda boleh menyertai ‘OpsNinja’ untuk mencari kerja sampingan yang boleh dilakukan selepas pulang dari pejabat.  Antara kerja yang ditawarkan ialah ‘data entry’, ‘content creation’, kajian, pengambilan pekerja dan bantuan.
  3. Menyewakan bilik di AirBnB- Anda boleh menyewakan bilik untuk tetamu yang datang sekiranya anda mempunyai bilik lebih di rumah anda.  Kadar sewa adalah begantung kepada tempoh masa sewaan tetamu.
  4. Memandu bersama Uber atau GrabCar- Anda boleh menyertai Uber dan GrabCar untuk perkhidmatan penghantaran meggunakan kereta sendiri. Bayaran adalah mengikut jarak penghantaran yang dilengkapkan oleh anda . Anda juga bebas memilih waktu dan tempat untuk memberi perkhidmatan tersebut.

Walaubagaimanapun, keghairahan mengumpul wang harus dikawal sekiranya tidak mahu tersilap langkah. Di zaman ini terdapat banyak skim cepat kaya yang memancing orang ramai untuk membuat pelaburan yang akhirnya merugikan individu-individu yang tertipu.

Penasihat kewangan, Brenda Yong berkata, dalam membuat pelaburan, seseorang bukan sahaja harus agresif jika mahu pulangan yang besar tetapi harus juga bijak dalam melaburkan wang mereka. 

Selain itu, mempelbagaikan pelaburan juga merupakan satu strategi yang baik memandangkan pelaburan di Malaysia hanyalah tiga peratus daripada saiz pelaburan global.