Kad Kredit (Bhg. 1) - Bahaya Kad Kredit


Kad Kredit (Bhg. 1) - Bahaya Kad Kredit


Sesi AA - Episod #7: (Bhg:1)- Bahaya Kad Kredit

Deskripsi:

Tak dinafikan, bila ada kad kredit memang kehidupan kita senang sikit. Tapi kadang- kadang kemudahan itu ada keburukannya. Salah satu keburukannya adalah kita perlahan- lahan percaya bahawa kita tidak boleh hidup tanpanya.

Realitinya, kita boleh hidup tanpa kad kredit. Ironinya, kehidupan kita akan jadi lebih senang jika tiada kad kredit. Tidak perlu fikir hutang kad kredit dan interest, dan kita dapat kawal diri kita daripada membeli melebihi kemampuan.

Cuma ya lah, kalau kita sudah bertahun-tahun guna kad kredit, nak stop guna tu mungkin akan rasa janggal dan tidak selesa. Tapi kita masih lagi perlu fikirkan kesan penggunaan kad kredit terhadap kesihatan kewangan kita, terutamanya bagi kita yang struggle untuk bayar bil bulanan kad kredit kita tu.

Tapi pihak kad kredit benarkan kita bayar minimum RM50 untuk kekal aktif, kan? So, no problem la betul tak? Nope! Walaupun bayar minimum RM50 sebulan berikan kita kelegaan, tapi ia kelegaan jangka pendek untuk panik jangka panjang.

Sebabnya, dengan tidak membayar penuh hutang kita dengan pihak bank on time, kita akan mengumpul interest dan interest ini bersifat compounding. Maknanya, lagi lama kita tangguh, lagi cepat ia akan naik.

Interest rate tahunan atau APR bagi kad kredit di Malaysia adalah antara 15-18%. Katakanlah kita ambil angka yang lebih rendah: 15% setahun. Katakanlah kita belanja RM3000 menggunakan kad kredit dan kita hanya bayar minimum sahaja setiap bulan, iaitu RM50 sebulan.

Mungkin kita akan lega sebab tak perlu bayar RM3000, hanya bayar RM50 sahaja dan bank takkan kacau. Tapi kita terlepas pandang kesan interest jika kita main tangguh- tangguh. Dengan menggunakan Credit Card Repayment calculator di calculator.com.my, kita dapat lihat berapa lama kita akan berhutang dengan bank dan jumlah bayaran kita kepada bank in the end nanti.

Menurut website tersebut, jika kita berbelanja RM3000 menggunakan kad kredit, dengan kadar interest 15% setahun, dan bayaran balik hanya RM50 sebulan, kita akan langsai hutang tersebut setelah 112 bulan (lebih 9 tahun). Bukan itu sahaja, kita juga akan bayar lebih kurang RM5600.

Dengan hanya berbelanja RM3000, kita hutang lama dengan bank dan bayar hampir dua kali ganda daripada jumlah yang kita belanja pada mulanya.

Sebab itulah kad kredit boleh dianggap sebagai perangkap hutang. So as a general rule, mereka yang baru bekerja atau belum mempunyai kewangan yang stabil tidak patut ada kad kredit. Walaupun sudah stabil, dinasihatkan untuk jauhi kad kredit kerana hidup akan menjadi lebih tenang.