Mega 3 Housing Facebook

BAJET 2017: Pertumbuhan Progresif Dinikmati Semua


BAJET 2017: Pertumbuhan Progresif Dinikmati Semua

Perutusan Bajet 2017 telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak pada Jumaat, 21 Oktober 2016. Pembentangan ini memfokuskan pembangunan ekonomi negara di mana kesejahteraan dan kebajikan rakyat juga turut menjadi agenda utama.

Pembentangan Bajet 2017 ini bertajuk 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’”, ujar Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan negara. Antara aspek yang diberi perhatian adalah pembangunan infrastruktur, peningkatan kadar BR1M, pengecualian cukai dan diskaun pembayaran PTPTN.

1. Menurut sumber Awani, kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam dinaikkan daripada serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000 dan pinjaman paling tinggi daripada RM600,000 kepada RM750,000.

Penjawat-Awam.gif

2. Peminjam kini boleh mengeluarkan 40% daripada Akaun 2 KWSP untuk tujuan pembelian rumah.

KWSP-Akaun-2(1).jpg

3. Pengecualian duti setem telah dinaikkan kepada 100% ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50% pada masa ini. Dan ini hanya terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 sahaja untuk pembelian rumah pertama. Pengumuman ini semestinya memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam yang mahu membeli rumah pertama mereka. Ini kerana 60% daripada mereka masih tidak memiliki rumah sendiri dan perancangan ini dijangka membantu golongan tersebut.
Rumah-Pertama.gif

Pengumuman ini semestinya memberikan nafas lega bagi penjawat awam. Bagi mereka yang tidak tahu, Mega 3 Housing Sdn. Bhd. merupakan pemaju perumahan yang mengutamakan kualiti di samping membina rumah mampu milik. Kini, Mega 3 Housing Sdn. Bhd. telah membina pelbagai jenis rumah terutamanya bernilai RM450,000 ke bawah di serata Malaysia. Ini termasuklah di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Dengan pengumuman kelayakan pinjaman dan pengecualian duti setem baharu Bajet 2017, penjawat awam kini boleh memilih pelbagai pilihan jenis rumah yang disediakan oleh Mega 3 Housing Sdn. Bhd. Tambahan, pemaju akan memberikan perkhidmatan terbaik agar urusan jual beli rumah lancar dan teratur demi kepuasan pembeli.

JOMTPG-Bentara-3.jpgJOMTPG-Bentara-4.jpg
JOMTPG-Bentara-5.jpg
Taman-Bandar-Ekar(1).jpg
Tmn-Perdana-Air-Molek.jpg

4. Dengan memfokuskan kesejahteraan rakyat dan menjana ekonomi negara, pembentangan Bajet 2017 kali ini telah menggalakkan golongan B40 iaitu golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan sampingan sebagai pemandu ‘ride-sharing’ seperti UBER ataupun GrabCar. Tambahan, sehingga ke hari ini kerajaan masih meneruskan usaha mereka dalam menyokong dan membantu e-usahawan atau peniaga atas talian bagi merancakkan sektor ekonomi di samping untuk memelihara kelangsingan hidup masing-masing. Menyedari cabaran tersebut, Mega 3 Housing Sdn. Bhd. selaku pemaju perumahan tampil untuk membantu mereka yang mahu menjana pendapatan sampingan. Dengan menjadi agen separuh masa, anda hanya perlu mengenali projek perumahan pemaju dan mencari pembeli. Bagi agen yang aktif dan berjaya mencari pembeli, komisen akan diberikan berdasarkan prestasi agen tersebut.

Pendapatan-Sampingan.gif
Bajet 2017 yang dibentangkan telah menyentuh setiap aspek penting demi pertumbuhan negara. Baik pembangunan infrastruktur mahupun bantuan kewangan, Bajet 2017 bakal membantu rakyat agar keamanan dan kesejahteraan dapat dikongsi bersama.

Dirangka khas dengan perancangan teliti, Bajet 2017 bersedia untuk dilaksanakan demi menjamin pertumbuhan ekonomi dan meletakkan negara ke arah landasan yang progresif untuk semua.

Sumber: Astro Awani, Bernama, Facebook Jabatan Penerangan Malaysia, Najibrazak.com, Treasury.gov.my