Mega 3 Housing Facebook

JOMTPG ! Mari Terokai Bukit Jugra !


JOMTPG ! Mari Terokai Bukit Jugra !


JOMTPG-JUGRA-1.jpg

Antara aktiviti di Bukit Jugra yang anda perlu cuba adalah ‘paragliding’ di mana anda boleh meluncur di udara sekitar 10-15 minit.

Sebelum memulakan aktiviti ini, anda perlulah menandatangani persetujuan bahawa anda akur dan faham risiko aktiviti ini. Kemudian, pengajar akan memberikan penerangan ringkas tentang payung terjun. Anda juga akan diberikan kamera GoPro daripada pengajar untuk merakam detik manis anda meluncur di udara.
JOMTPG-JUGRA-3.jpg

 

Peraturan

  1. Had berat badan di antara 40kg sehingga 100kg.

  2. Wanita mengandung tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti ini.

  3. Kanak-kanak mestilah berumur 7 tahun dan ke atas.

JOMTPG-JUGRA-4.jpg

Peringatan

  1. Dua individu akan bersama untuk aktiviti ‘paragliding’ di mana pengajar akan duduk di belakang dan anda akan berada di hadapan.

  2. Sebelum bermula, sila dengar arahan pengajar untuk mengemudi ke hadapan atau belakang, ke kiri atau ke kanan.

  3. Sebelum bersedia untuk meluncur, kaki anda perlu berlari ke hadapan dan pastikan pandangan anda ke hadapan.

  4. Jangan cuba untuk lompat dan anda tidak dibenarkan untuk berhenti.

  5. Jangan duduk terlalu awal ketika sedang meluncur kerana anda akan duduk secara automatik.

  6. Ketika mendarat, jurulatih akan memperlahankan kelajuan dan kedua belah kaki anda perlu berlari ke hadapan sehingga ia berhenti.

JOMTPG-JUGRA-5.jpg
Pertama, pengajar akan menyediakan payung terjun dan membukanya di atas lantai. Kemudian, pengajar akan memastikan arah tiupan angin dengan memerhatikan bendera di lereng bukit. Apabila bendera tersebut berkibar dengan kuat, ia bermakna aktiviti ‘paragliding’ boleh dijalankan. Selepas mendapat pengesahan daripada pengajar, beliau akan terus menarik payung terjun dan mengarahkan anda untuk lari ke hadapan. Pada ketika ini, anda tidak perlu rasa takut dan teruskan larian. Kaki anda akan mula berada di udara tanpa disedari. Selepas segala ini berjalan dengan lancar, anda boleh menikmati pemandangan indah ketika anda di meluncur di udara.
 

Ketika meluncur di udara sekitar 15-20 minit, pengajar akan mula memperlahankan kelajuan dan payung terjun akan mula mendarat. Di hadapan anda akan ada padang yang luas dan lapang. Apabila kaki anda menyentuh tanah, anda perlu berlari sehingga ia berhenti sepenuhnya. Kemudian, pengajar akan mengarahkan anda untuk lihat ke kamera dan tamatkan aktiviti dengan berkata ‘selamat mendarat’ atau ‘safely arrived’. Jangan ketinggalan aktiviti ‘paragliding’ ini kerana ia pasti menjadi satu detik manis yang anda tidak akan lupakan! JOMTPG!

Jika berminat sila hubungi : Kak Orked +6019-356 4061

GPS:  2.835760,  101.417583