Mega 3 Housing Facebook

BERHUTANG PADA USIA MUDA BAHAGIAN 1


BERHUTANG PADA USIA MUDA BAHAGIAN 1

BERHUTANG PADA USIA MUDA BAHAGIAN 1

1-(1).jpg2-(1).jpg3.jpg
4.jpg
5.jpg
6.jpg
7.jpg
8.jpg
9.jpg

Deskripsi: 

Menjalani kehidupan sebagai anak muda pada masa kini amat mencabar dari segi kewangan. Keluar sahaja daripada universiti, kebanyakan anak muda sudah pun mempunyai hutang iaitu hutang pinjaman pendidikan.
 
Ramai peminjam yang tidak membayar semula pinjaman tersebut sehingga PTPTN terpaksa memasukkan senarai nama mereka dalam  Central Credit Reference Information System (CCRIS) untuk disenaraihitam. Malahan, mereka yang tidak membayar pinjaman PTPTN berhadapan dengan kesukaran untuk membuat pinjaman kereta atau hartanah.
 
Keadaan ini semakin membimbangkan. Dua tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri meluahkan kebimbangan beliau berkenaan situasi golongan muda hari ini.
 
Memetik data Jabatan Insolvensi, Nancy berkata terdapat kenaikan dalam bilangan generasi muda yang terlibat diisytiharkan bankrap dalam tempoh lima tahun.
 
Jumlah kes yang dicatatkan meningkat daripada 13200 kes (2007) kepada 22000 kes (2013). Angka ini dijangka meningkat memandangkan semakin ramai generasi muda yang terlibat dalam kancah hutang.
 
Namun, generasi tidak perlu mengikut jejak langkah mereka yang sudah bankrap kerana masing-masing mempunyai kuasa dan kawalan terhadap keadaan kewangan peribadi mereka.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam Program Pengurusan Kewangan (PPK) AKPK, punca utama golongan muda terlibat dalam hutang adalah kerana gaya hidup di luar kemampuan mereka sendiri selain gagal mengurus kewangan dengan baik (51.9 peratus).
 
Cenderung kepada gaya hidup mewah serta mahu meniru kehidupan orang lain yang kelihatan lebih glamor, turut menjadi punca utama mengapa ramai yang terperangkap dengan hutang.
Golongan ini gemar membeli barangan berjenama dan berbelanja di luar kemampuan sehingga melampaui had kad kredit.
 
Tidak kurang juga mereka yang berada dalam kancah kewangan ini membuat sehingga lima pinjaman. Kadar purata hutang untuk seorang peserta PPK adalah RM 40,000.
 
Beliau berkata, Gen Y  mepunyai banyak peluang untuk mendapat akses kepada pendidikan kewangan namun mereka amat sukar menguruskan kewangan sendiri. Meskipun dengan kehadiran internet dan maklumat dihujung jari, Gen Y kelihatan tidak mengambil peduli mengenai ilmu-ilmu kewangan.
 
Ramai antara mereka yang terpaksa tunduk dengan tekanan rakan-rakan yang hidup dengan gaya mewah dan memerlukan perbelanjaan tinggi.
 
Selain sikap inginkan kemewahan, sikap tamak juga menjadi punca mengapa ramai terjebak dalam kancah kewangan. Tamak di sini merujuk pada sesetengah orang kita yang mahu kaya dalam kadar segera. Mereka ini meminjam wang untuk dilaburkan tanpa ke dalam skim cepat kaya tanpa memikirkan akibat dan kemampuan untuk membayar semula pinjaman tersebut.
Faktor kedua ialah masalah perniagaan (18 peratus). Dalam hal ini, ramai dari kalangan Gen Y memulakan perniagaan dengan membuat pinjaman sebagai modal namun perniagaan tersebut mempunyai masalah lalu mereka berhadapan dengan krisis membayar hutang. Selain itu, ada yang perniagaan yang tiba-tiba mengalami defisit kerana keuntungan yang kurang dan tidak mampu membayar kos operasi.  Peniaga mengalami kesukaran untuk membayar ansuran rumah, kereta dan lain-lain.
 
Faktor lain ialah kos perubatan tinggi (14.2 peratus), kehilangan pekerjaan (11.6 peratus) dan lain-lain punca (4.3 peratus).
 
 
 
Selain itu, daripada data PPK tersebut, seramai 15.6 peratus pemiutang terdiri daripada mereka yang berusia 20-30 tahun, 39.2 peratus daripada golongan 30-40 tahun, 29.1 peratus daripada golongan 41-50 tahun, 13.1 peratus daripada golongan 50-61 tahun dan selebih 3 peratus daripada mereka yang berusia lebih 60.
 
Golongan yang berusia 30-40 tahun mempunyai hutang-hutang terkumpul kerana mereka membuat pinjaman dalam tempoh pengajian di universiti. Selepas graduasi, mereka mengambil pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman automobil dan lain-lain. Selepas mereka berkahwin, kos tanggungan meningkat dan dan hutang-hutang tersebut mula berkumpul.
 
Tahukah anda? berdasarkan kajian  Asian Institute of Finance terhadap 1011 orang berusia 20 ke 33 tahun, sebanyak 38 peratus daripada mereka menyara gaya hidup mereka dengan pinjaman. Seramai 38 peratus membuat pinjaman peribadi, 47 peratus mempunyai pinjaman kad kredit dan 40 peratus mengakui berbelanja lebih daripada pendapatan mereka.
 
Walaupun mempunyai wang pinjaman, 70 peratus daripada mereka yang memiliki kad kredit hanya membayar ansuran bulanan pada kadar minima manakala 45 peratus tidak membayar pada masanya.
 
Pinjaman kad kredit datang dengan kadar bunga yang tinggi. Seseorang peminjaman mengambil masa tujuh tahun dan tiga bulan untuk membayar pinjaman kad kredit bernilai RM10,000,. Itupun jika kad tersebut tidak digunakan.