Mega 3 Housing Facebook

BERHUTANG PADA USIA MUDA BAHAGIAN 2


BERHUTANG PADA USIA MUDA BAHAGIAN 2

BERHUTANG PADA USIA MUDA BAHAGIAN 2
1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg

5.jpg

DESKRIPSI: 


Sesungguhnya Gen Y harus membuat pertimbangan dan berfikir masak-masak sebelum memohon pinjaman hanya untuk menanggung gaya hidup mewah. Apakah akibatnya jika seseorang individu tidak dapat membayar hutang?
 

  1. Rekod kewangan wang tercalar- Sekiranya individu yang berhutang tidak dapat membayar atau lewat membuat bayaran semula, maka rekod anda sebagai peminjam sudah tercalar dan ini menyukarkan anda untuk membuat pinjaman penting di masa hadapan seperti pinjaman perumahan.
 
  1. Tidak boleh keluar negara- Akhbar Kosmo! Pada 15 Mac lalu menyatakan seramai 827,921 rakyat Malaysia berada dalam senarai hitam Jabatan Imigresen dan tidak dibenarkan keluar negara sejak tahun 2011 sehingga sekarang. Daripada jumlah tersebut, Seramai 200,727 orang disenarai hitam atas kesalahan bankrap, dan 118,892 orang atas  kesalahan pinjaman pendidikan. Ini juga merupakan bahaya jika tidak membayar hutang pendidikan atau diisytiharkan bankrap.
 
  1. Nama akan disenarai hitam- Senarai hitam atau Blacklist ialah akibat daripada kegagalan peminjam atau orang yang mengikat jamin untuk mebayar semula pinjaman bank. Selain daripada pinjaman bank, kegagalan membayar institusi kewangan yang menawarkan khidmat sewabeli juga boleh menyebabkan nama anda disenaraihitam apabila institusi tersebut membawa kes ke mahkamah.
 
  1. Kesan terhadap psikologi- Banyak kes-kes buruk terjadi kerana hutang. Ada pasangan suami isteri yang bercerai kerana hutang. Tidak kurang juga kes bunuh diri kerana tidak mampu membayar hutang. Di sinilah ramai pemiutang tewas lalu membuat pinjaman kepada ah long yang tidak sah.
 
Bagi mereka yang sedang dibelenggu masalah kewangan  atau berhadapan risiko diisytihar bankrap, mereka boleh merujuk kepada AKPK  untuk menyertai program PPK bagi membantu membayar hutang-hutang mereka.
 
Terdapat tiga sistem maklumat yang boleh digunakan pihak bank atau individu untuk menyemak status kewangan dan hutang mereka.
 
  1. Central Credit Reference Information System (CCRIS) ialah sistem pangkalan data untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.
 
  1. Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) ialah sebuah syarikat yang memberi maklumat kewangan individu kepada pihak yang berkaitan seperti bank dan syarikat pinjaman berlesen. Ia  digunakan untuk menilai sama ada nama anda sebagai pemohon ada disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan anda dan lain-lain bayaran ansuran yang sedang ditanggung.
 
  1. Financial Information System (FIS) ditubuhkan oleh Bank Negara. Pihak bank, syarikat kewangan dan syarikat kredit diwajibkan memberi maklumat mengenai pemiutang. FIS digunakan oleh semua institusi kewangan bagi menyemak rekod hutang-piutang anda apabila mereka memproses permohonan pinjaman anda.