Mega 3 Housing Facebook

Perbandingan Pakej Pinjaman Perumahan


Perbandingan Pakej Pinjaman Perumahan

Pelbagai faktor perlu dilihat sebelum mengambil skim pembiayaan kediaman. Dengan bermacam-macam pelan yang ditawarkan oleh bank-bank tersebut, jom kenali dahulu terma-terma ini agar anda lebih jelas sebelum membuat keputusan.

Di sini adalah contoh pakej loan yang ditawarkan oleh bank-bank.
Pakej loan rumah bank Malaysia
Pakej Loan Rumah Bank di Malaysia
Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank
 

Definasi Terma Yang Sering Digunakan

Base Rate (BR)

- Merupakan garis panduan baharu bagi menggantikan Base Lending Rate (BLR) yang diguna pakai sebelum ini.

- Menjadi rujukan utama untuk kadar baharu pembiayaan bank, di mana pihak bank boleh menetapkan kadar faedah berdasarkan formula yang ditetapkan oleh bank utama.

Kos Guaman

- Yuran guaman untuk urusan jual beli/pindah milik dan pinjaman/gadaian adalah mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam Solicitors’ Remuneration Order 2005 di bawah Legal Profession Act 1976.

- Anggaran kos guaman untuk sesuatu urusan jual beli hartanah adalah lebih kurang 5% daripada harga jual beli sesuatu hartanah.

- Kadar mungkin berubah mengikut nilai hartanah, jenis dan status kediaman.
BAYARAN YURAN GUAMAN YANG DIGUBAL (berkuatkuasa 15 Mac 2017)

HARGA RUMAH SKALA FI GUAMAN
RM500,000 PERTAMA 1.0% (TERTAKLUK KPD FI MINIMUM RM500)
RM500,000 YG BERIKUTNYA 0.8%
RM2,000,000 YG BERIKUTNYA 0.7%
RM2,000,000 YG BERIKUTNYA 0.6%
RM2,500,000 YG BERIKUTNYA 0.5%
NILAI RUMAH LEBIH RM7,500,000 BOLEH BERUNDING. TAPI TAK BOLEH LEBIH DARIPADA 0.5% DARIPADA HARGA RUMAH

Contoh pengiraan:
Harga Kediaman - RM750,000.
Kiraan yuran guaman seperti berikut:

RM500,000 X 1% = RM5,000
RM750,000 – RM500,000  = RM250,000
RM250,000 X 0.8% = RM2,000

Jumlah yuran guaman = RM5,000 + RM2,000
= RM7,000

Duti Setem

Bermula 1 Jan 2017, pembelian rumah pertama yang bernilai RM300,000 ke bawah akan dikecualikan daripada bayaran duti setem pindah milik dan duti setem dokumen utama pinjaman.

Hartanah bernilai RM301,000 hingga RM500,000 pula layak mendapat potongan sebanyak RM5,000 daripada jumlah amaun sebenar duti setem pindah milik yang akan dikenakan, dan potongan sebanyak RM1,500 daripada jumlah amaun sebenar duti setem dokumen utama pinjaman yang akan dikenakan.

Cara pengiraan:
Semakin tinggi harga jual beli/nilaian sesuatu hartanah, semakin tinggi bayaran disbursement yang terpaksa ditanggung oleh pembeli. Misalnya, untuk duti setem pindah milik sahaja, kadar duti setem yang dikenakan oleh LHDN adalah seperti berikut:-

RM100,000.00 1 %
Baki RM200,000.00 hingga RM500,000.00 2%
RM500,000.00 dan seterusnya 3%

Contohnya:
Harga jual beli rumah : RM800,000.00
Duti Setem yang dikenakan:
RM100,000 pertama x 1% RM1,000.00
RM500,000.00 - RM100,000.00 = RM400,000.00 x 2% RM8,000.00
Baki RM300,000.00 x 3% RM9,000.00
Jumlah Duti Setem yg Dikenakan RM18,000.00

Manakala duti setem dokumen pinjaman/gadaian adalah 0.5% daripada jumlah pinjaman.
Contohnya:

Harga jual beli : RM800,000.00
Pinjaman : 90% daripdada harga jual beli = RM720,000.00

Jumlah duti setem yang dikenakan : RM720,000.00 x 0.5% = RM3,600.00     

Konsep Syariah-Tawarruq

Definisi Tawarruq merupakan transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.

Konsep ini digunapakai dalam struktur produk deposit, pembiayaan, pengurusan aset dan tanggungan risiko.

Konsep ‘Log-In’

Hartanah atau kediaman yang dibeli tidak boleh dijual pada tempoh masa tertentu.

Contoh: Setelah mencapai persetujuan dengan pihak pemaju dan bank, kediaman yang dimiliki oleh En. Ahmad tidak boleh dijual dalam tempoh 5 tahun pertama pembiayaan.

Demi merealisasikan impian untuk miliki kediaman anda, Mega 3 Housing kini juga menawarkan skim pembiayaan dengan kerjasama Affin Bank. Ingin tahu lebih lanjut? Layari https://www.mega3.com.my/ atau hubungi kami sekarang juga!