Mega 3 Housing Facebook

CCRIS & CTOS (Bahagian 1)


CCRIS & CTOS (Bahagian 1)

1.jpg2.jpg3.jpg4.jpg5.jpg
6-(1).jpg


 

Deskripsi: 
 

Ali baru berumah tangga dengan gadis pilihan hatinya. Kemudian dia dan isteri mula mengintai peluang untuk membeli rumah kediaman mereka berdua. Tapi semuanya tergendala apabila ketika permohonan pinjaman rumah dibuat di bank, Ali dapat tahu namanya tersenarai dalam CCRIS. Lalu si iteri pon bertanya -

Isteri      : Abang, CCRIS tu apa?

Ali           : Entah, mana la abang tahu.

Oleh sebab itu, isteri Ali mula tunjuk muncung panjang, Ali pula garu kepala kebingungan.

Jangan jadi seperti Ali!

Ambil tahu supaya tidak mendapat masalah di kemudian hari.

Jadi apa itu CCRIS???

CCRIS adalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau juga dikenali sebagai Central Credit Reference Information System. Ia merupakan pangkalan data berkomputer yang mengutip, memproses, dan menyimpan maklumat pinjaman semua peminjam di Malaysia.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana ia boleh mempunyai kesemua data peminjam, jangan risau, kami berbesar hati ingin menerangkan dengan lebih lanjut.

Begini, hampir kesemua institusi kewangan di Malaysia akan menghantar laporan bulanan berbentuk maklumat kredit atau hutang kesemua peminjam kepada Jabatan kredit yang diselia oleh Bank Negara Malaysia. Data tersebut disimpan didalam sistem CCRIS yang dihubungkan dengan bank-bank di Malaysia. Oleh itu, apabila seseorang individu atau mana-mana syarikat ingin membuat pinjaman daripada mana-mana bank, setiap institusi bank tersebut akan menyemak maklumat pemohon terlebih dahulu sebelum meluluskan pinjaman . Ini adalah untuk memastikan nama pemohon bersih daripada sebarang masalah hutang yang lain atau pernah disenarai hitam. Bunyinya memang mengerikan. CCRIS mampu mengesan maklumat jumlah pinjaman, faedah, caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman daripada pinjaman perumahan, kad kredit, sewa beli, pembiayaan peribadi dan segala macam lagi jenis pinjaman yang anda buat di bank atau institusi kewangan berdaftar.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan nama anda disenarai hitam dalam CCRIS:

  • Rekod / sejarah pembayaran hutang yang tidak konsisten
  • Tidak melunaskan caj tertunggak pada pinjaman

Antara faktor yang menyebabkan permohonan pinjaman ditolak oleh bank/institusi kewangan :

  • Bayaran pinjaman tertunggak sehingga 2 bulan
  • Komitmen melebihi kemampuan (Tak semua bank/institusi kewangan)

CARA SEMAK CCRIS – Tahukah anda, kita boleh menyemak rekod CCRIS sendiri? Namun ia hanya  boleh dibuat di Bank Negara sahaja. Anda boleh mencetak rekod CCRIS melalui mesin yang disediakan di Bank Negara, hanya bawa kad pengenalan dan scan pada mesin tersebut , laporan CCRIS anda akan dipaparkan serta merta. Maklumat terperinci akan dipaparkan tidak seperti di bank-bank lain atau mana-mana syarikat.

Ataupun secara online di laman web creditbureau.bnm.gov.my .

BAGAIMANA PULA KALAU NAMA DAH DISENARAI HITAM DALAM CCRIS?

Kalau macam ni, takde peluang lah nak dapatkan rumah impian lagi. Janganla cepat putus asa, kan setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. Bak kata pepatah, jika ada kemahuan pasti ada jalan!

Bagaimana nak mohon pinjaman jika rekod CCRIS tidak baik?

Anda dinasihatkan supaya melunaskan semua tunggakan dan membuat bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan secara konsisten. Kemudian, tunggu sehingga 3 bulan , baru buat permohonan pinjaman perumahan yang baharu. Kenapa? Bank akan menganggap anda melunaskan tunggakan semata-mata untuk permohonan pinjaman yang baharu. Walaubagaimanapun, jika anda membayar atau melunaskan kesemua hutang sekaligus , nama anda akan dipadamkan dalam laporan CCRIS dalam tempoh 40 hari selepas pembayaran. Atau minta sahaja surat daripada bank berkenaan menyatakan anda telah membuat pembayaran penuh. Barulah boleh memohon untuk pinjaman yang baru.