Mega 3 Housing Facebook

CCRIS & CTOS(Bahagian 2)


CCRIS & CTOS(Bahagian 2)

1.jpg2.jpg3.jpg4.jpg5.jpg
9.jpg
10.jpg11.jpg
Deskripsi: 

CTOS apa pulak?

CTOS adalah singkatan daripada Credit Tip Off Service Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat persendirian yang menyediakan servis memberikan maklumat kewangan seseorang individu . Ia digunakan oleh majoriti sistem kewangan negara, isntitusi bank atau syarikat pinjaman berlesen . Ia sudah digunakan sejak tahun 1990 dan bererti sehingga kini , perkhidmatan CTOS telah mencapai tempoh 26 tahun.

Apa pula kaitan CTOS dengan syarat kelulusan kewangan???

Untuk proses meluluskan pinjaman, pihak bank atau syarikat kewangan berlesen akan menilai kedudukan kewangan pemohon dari segi jumlah komitmen serta jumlah pinjaman kewangan yang ditanggung oleh pemohon.

4 Seksyen Utama di dalam Sistem CTOS

Seksyen A           : Memaparkan nama penuh serta nombor kad pengenalan pemohon.

Seksyen B           : Memaparkan maklumat perniagaan individu iaitu, maklumat yang dimiliki pemohon, samada pemohon adalah pemilik tunggal, rakan kongsi, pengarah syarikat ataupun pemegang syer.

Seksyen C           :Memaparkan maklumat saman dan muflis pemohon bagi memastikan nama pemohon tidak pernah tersenarai dalam senarai “blacklist”.

Seksyen D           : Rujukan lain; memaparkan pinjaman yang dibuat pemohon daripada syarikat-syarikat lain melibatkan bayaran ansuran seperti perabot rumah, motosikal, barangan elektrik dan lain-lain.

Antara sumber- Sumber maklumat CTOS adalah daripada Notis Undang-undang dalam akhbar , Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan pendaftaran negara, warta dan penerbitan kerajaan, pendaftar pertubuhan, maklumat yang diberi oleh pemohon, serta maklumat daripada pemiutang.

Rekod CTOS akan disimpan selama-lamanya sebagai arkib sejarah kewangan seseorang individu untuk rujukan pada bila-bila masa akan datang.

Cara semak data CTOS

Setiap individu boleh menyemak sekiranya nama mereka tersenarai dalam CTOS melalui laman web ramsi CTOS Sdn Bhd di www.ctos.com.my atau melawat sendiri pusat servis CTOS di Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, tidak seperti CCRIS, CTOS tidak berhak membuat sebarang penilaian terhadap peminjam. Ia hanya menyimpan rekod dan sebagai rujukan mengenai pinjaman sedia ada dan pinjaman lama peminjam.

 

Jom kami kongsikan serba sedikit , antara faktor lain permohonan pinjaman perumahan anda ditolak oleh bank selain rekod CCRIS dan CTOS yang tidak baik :

Memohon di bank yang salah

Setiap bank mempunyai risiko yang berlainan. Situasi permohonan biasanya bergantung kepada syarat sesebuah bank. Oleh itu , kajiselidik terlebih dahulu tentang syarat permohonan pinjaman yang dikemukakan oleh setiap bank sebelum buat permohonan.

Skor pemarkahan permohonan rendah

Ia bergantung kepada analisis profil yang terperinci daripada pelanggan seperti umur, tempat tinggal, tahap pendidikan , status perkahwinan dan banyak lagi faktor lain yang diambil kira oleh pihak bank.

Cek Tendang

Kebanyakan bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman sekiranya pemohon mempunyai 2 atau lebih cek tendang dalam tempoh 12 bulan.

Dokumentasi pendapatan yang tidak lengkap

Penting untuk menunjukkan dokumen sah bukti pendapatan anda adalah stabil pada setiap bulan.

Pekerjaan

Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lebih 3 hingga 6 bulan berkerja dalam sesebuah syarikat. Pendapatan yang mempunyai caruman KWSP walaupun gaji tidak tinggi merupakan satu bonus.

 

Begitulah serba sedikit info tentang bahana CCRIS & CTOS serta kaitannya dengan kelulusan pinjaman untuk memiliki kediaman yang anda impi-impikan. Jangan ambil mudah, pastikan anda menjadi seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap komitmen hutang yang anda ambil .