Mega 3 Housing Facebook

Cerita DSR : FARISH, MAMAT dan AHMAD


Cerita DSR : FARISH, MAMAT dan AHMAD


DSR (Debt Service Ratio) - Faktor utama lulus pinjaman bank di Malaysia.
DSR faktor utama lulus pinjaman bank Malaysia
DSR-Berbeza-Mengikut-Bank-1.jpg
Deskripsi:

Perkenalkan tiga sahabat iaitu Farish, Mamat & Ahmad. Tiga sahabat ini mempunyai satu impian yang sama; membeli rumah pertama mereka. Walaupun berkongsi cita-cita yang sama, namun mereka mempunyai latar kewangan yang berbeza. Farish merupakan seorang doktor gigi yang berkhidmat di Kuala Lumpur, manakala Ahmad pula berkhidmat sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta dan Mamat pula seorang juruteknik di Kuantan. Dengan variasi pekerjaan mereka sememangnya memberikan masing-masing latar belakang kewangan yang berbeza.
 
Masing-masing mempunyai pilihan jenis rumah yang ingin dibeli mereka. Untuk pengetahuan anda, Debt Service Ratio (DSR) merupakan salah satu faktor utama yang perlu difahami sebelum membuat permohonan membeli rumah. Jadi, apa itu DSR?
 
DSR merupakan nisbah hutang berbanding pendapatan anda. Semakin tinggi DSR anda, bermakna bahagian besar pendapatan anda adalah digunakan untuk membiayai hutang, dan ini sedikit sebanyak menandakan anda berada di paras bahaya untuk mendapatkan pinjaman baru.
 
Nak tahu sama ada DSR Mamat, Farish & Ahmad lulus atau tidak untuk permohonan pinjaman rumah mereka? Jom kita rungkaikan satu per satu latar belakang kewangan mereka.
 
Perkara pertama adalah dengan menyemak gaji bersih. Berikut merupakan slip gaji bulanan mereka:
slip-gaji.jpg
Kemudian, kita perlu menyemak rekod CCRIS. Perkara ini juga antara faktor penting sebelum memohon pinjaman pembelian rumah. Untuk itu, kita merumuskan perkara terakhir iaitu jumlah komitmen bulanan masing-masing. Ini kerana jumlah tersebut akan digunakan untuk mengira kelayakan DSR Farish, Mamat dan Ahmad.
komitmen.jpg
Setelah semua maklumat telah pun dikumpul, bagaimana pula nak kira DSR tiga sahabat Farish, Mamat dan Ahmad? Jom kita lihat.
Berikut merupakan formula untuk mengira DSR:
Formula untuk DSR (Debt Service Ratio)
DSR.jpg
*Bagi pendapatan bulanan >RM3500, DSR maksimum adalah 70%
*Bagi pendapatan bulanan <RM3500, DSR maksimum adalah 40%

Melalui statistik ini, hanya permohonan pinjaman perumahan Mamat dan Ahmad diluluskan. Farish pula? Beliau gagal. Kenapa?
 
Seperti yang dinyatakan di awal artikel, semakin tinggi DSR anda, bermakna bahagian besar pendapatan anda adalah digunakan untuk membiayai hutang, dan ini sedikit sebanyak menandakan anda berada di paras bahaya untuk mendapatkan pinjaman baru.
 
Oleh sebab itulah permohonan Farish gagal. Pendapatan bersih dan komitmen bulanan beliau dilihat tidak begitu menyakinkan untuk pihak bank meluluskan pinjaman tersebut. Gaji besar atau kecil bukan penghalang, seperti yang Mamat dan Ahmad lakukan. Mereka bijak menguruskan perbelanjaan dan komitmen bulanan dengan pendapatan mereka. Mereka sedar bahawa hal ini iaitu DSR penting sebelum melakukan permohonan pinjaman rumah.
 
Menurut HasrulHassan.com (http://www.hasrulhassan.com/2016/04/cara-kira-dsr-kelayakan-pinjaman.html), setiap bank di Malaysia mempunyai kadar DSR yang berbeza. Kadar ini dibezakan mengikut gaji pokok pemohon tersebut. Ada bank yang memberikan kadar DSR sehingga 74% maksimum, dan ada yang berikan kadar DSR 35% minimum.
 
Kesimpulannya, DSR merupakan faktor terpenting bagi menentukan keputusan pinjaman anda. Jadi sebelum memohon pinjaman perumahan, apa kata anda duduk dulu dan semak latar belakang kewangan anda. Kita semua pasti memiliki impian untuk memiliki rumah impian, asalkan diri kita bersedia dan kukuh daripada segi pengurusan dan kewangan.