Mega 3 Housing Facebook

Benarkah RM1,000 Ditolak Bank Untuk Kos Sara Hidup?


Benarkah RM1,000 Ditolak Bank Untuk Kos Sara Hidup?

Mega3-Benarkah-RM1,000-Ditolak-Bank-4thOct2017.jpg

Deskripsi:

Benarkah RM1,000 Ditolak Bank Untuk Kos Sara Hidup?


Pada 22 Julai lepas, sebuah artikel bertajuk “High debt ratio among reasons loans rejected” telah dikeluarkan di The Star Business Online, edaran Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM). Artikel tersebut telah menarik perhatian warga Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai bekas jurubank dan rakyat prihatin. Lantas, beliau telah menulis artikel terbuka bagi membidas kenyataan daripada ABM.

Menurut beliau yang sudah bekhidmat sebagai jurubank dan perunding hartanah lebih dari 20 tahun, beliau telah menerima pelbagai aduan daripada klien terutamanya daripada golongan pendapatan rendah, rata-rata berpendapatan RM4,500 dan ke bawah, di mana permohonan pembiayaan rumah mereka ditolak walaupun mereka mempunyai rekod kewangan yang baik. Perkara ini terjadi dalam tempoh 2 tahun ini di mana situasi ekonomi tidak menentu.

Beliau turut menambah, sepanjang tempoh 2 tahun ini, ramai pemohon telah menarik semula permohonan walaupun telah meletakkan bayaran pendahuluan yang tinggi gara-gara ‘tidak layak’ untuk memohon.

Namun yang menarik perhatian di mana beliau mendapati bahawa ada bank yang menjadikan hampir mustahil untuk memberikan pembiayaan rumah sehingga 90% bagi pemohon yang layak. Tambahan, ‘penolakan automatik’ pada kadar rata RM1,000 untuk setiap permohonan pembiayaan rumah untuk kos sara hidup, tanpa mengira jumla pendapatan pemohon.

Ini bermakna sama ada mereka yang berpendapatan RM2,000 mahupun RM10,000, jumlah yang sama akan ditolak. Menjadikan DSR pemohon akan kelihatan tidak stabil, terutama untuk golongan berpendapatan pertengahan dan rendah.

Membalas reaksi tersebut, ABM tampil membalas artikel tersebut. Bertajuk ‘Banks guided by loan regulations’, yang turut dikeluarkan di platform yang sama pada 8 Ogos.

Ujar ABM, sebagai pemberi pinjaman yang bertanggungjawab, pihak bank perlu memastikan para peminjam tidak terbeban dengan pembayaran semula yang boleh mengganggu tahap kewangan mereka.

Lantas, ABM juga memperjelaskan isu tentang penolakan RM1,000. Menurut respon daripada pihak bank yang terlibat, penolakan RM1,000 untuk setiap permohonan pembiayaan rumah dibawah kategori kos sara hidup adalah tidak benar. Malahan semasa proses saringan, bank mengambil kira DSR pemohon sebelum meluluskan pembiayaan rumah tersebut.

Ini kerana pihak bank tertentu mempunyai tahap kelayakan DSR berbeza, bergantung pada tahap pendapatan bagi memastikan tahap kewangan pihak bank di tahap optimum untuk perbelanjaan dan tujuan jaminan institusi.

Peranan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) amat penting dalam menyelia setiap urusan dan garis panduan untuk 27 bank komersial yang menyertai. Bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, ABM berperanan utama dalam mengukuhkan dan mempromosikan sistem perbankan di Malaysia.

ABM juga berperanan untuk menyelia dan mengawasi setiap garis panduan agar bank-bank tersebut dapat beroperasi dengan sistem yang sama. Ini termasuklah polisi bank dalam memberikan kelulusan pinjaman di samping mendidik pengguna agar lebih berpengetahuan mengenai perkhidmatan perbankan negara.

Kesimpulannya, dapatkan rujukan dan maklumat yang diyakini daripada sumber-sumber yang lebih dipercayai. Dalam konteks ini, ABM merupakan platform terbaik bagi menjawab keraguan yang timbul.

Sekiranya para pembeli rumah mempunyai soalan tentang permohonan pembiayaan mahupun berkenaan, mereka boleh terus menghubungi ABM untuk pencerahan lebih lanjut. Usah percaya berita-berita di luar sana dan silalah dapatkan informasi yang lebih dipercayai menerusi platform yang lebih diyakini.

Dipetik dan diolah dari sumber asal:

  1. http://www.thestar.com.my/opinion/letters/2017/08/01/all-to-protect-the-bottom-line/

  2. http://www.thestar.com.my/opinion/letters/2017/08/08/banks-guided-by-loan-regulations/