Mega 3 Housing Facebook

Pengiraan jumlah kelayakan berdasarkan potongan 80%

Kaedah pengiraan kelayakan terkini pembiayaan perumahan kerajaan berdasarkan potongan 80% dalam slip gaji dan pendapatan bersih tidak kurang daripada 20% Government Servant Mega 3 Housing Sdn Bhd 30th July 2018 blog Pengiraan jumlah kelayakan LPPSA berdasarkan potongan 80% Malay LPPSA, KelayakanPinjamanPerumahanKerajaan
Kaedah pengiraan kelayakan terkini pembiayaan perumahan kerajaan berdasarkan potongan 80% dalam slip gaji dan pendapatan bersih tidak kurang daripada 20%

Pengiraan jumlah kelayakan berdasarkan potongan 80%

Cara Pengiraan Kelayakan Pinjaman Kerajaan LPPSA 


M3-Projek-Kami-Web-Banner-24Jul2020.jpg
M3-Jadual-Bayaran-Balik-Web-Banner-24Jul2020.jpg

NOTIS MAKLUMAN NOVEMBER 23

KAEDAH PENGIRAAN KELAYAKAN TERKINI PEMBIAYAAN PERUMAHANMega3-LPPSA-StandAlone-Blog-1.jpgMega3-LPPSA-StandAlone-Blog-2.jpgMega3-LPPSA-StandAlone-Blog-3.gifMega3-LPPSA-StandAlone-Blog-4.gif
Pendapatan kasar adalah RM5,545.42. Menurut jadual LPPSA, kelayakan maksimum adalah RM650,000. Lihat jadual LPPSA di sini !Mega3-LPPSA-StandAlone-Blog-5.gif
Seterusnya, kira kelayakan anggaran bayaran balik. Anda kena buat 2 pengiraan A & B.Mega3-LPPSA-StandAlone-Blog-6.gif
LPPSA akan ambil amaun yang lebih kecil. Jadi amaun anggaran bayaran balik adalah RM3,180.49.

Rujuk jadual bayaran balik, anggaran bayaran balik dan insuran anda tidak boleh melebihi Rm3180.49.
Jadi amaun yang layak adalah Rm600,000.
 Lihat jadual bayaran balik di sini!
Mega3-LPPSA-StandAlone-Blog-7.gifMega3-LPPSA-StandAlone-Blog-8.jpg
LPPSA telah memperkenalkan kalkulator pengiraan kelayakan pembiayaan perumahan sektor awam bagi membantu
pihak-pihak berkaitan.

Mega3-LPPSA-StandAlone-Blog-9.jpg

NOTIS MAKLUMAN NOVEMBER 23


KAEDAH PENGIRAAN KELAYAKAN TERKINI PEMBIAYAAN PERUMAHAN

Bagi membantu pembiayaan penjawat awam, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengumumkan pindaan tambahan. Kini, jumlah kelayakan adalah berdasarkan kepada pengiraan potongan 80% dalam slip gaji dan pendapatan bersih (take home pay) tidak kurang daripada 20%.

Diharap pengumuman ini dapat membantu golongan penjawat awam dalam memiliki rumah sendiri.

Kaedah-Pengiraan-Kelayakan-Terkini-Pembiayaan-Perumahan-1.jpg


NOTIS MAKLUMAN NOVEMBER 13

MAKLUMAN SUSULAN SURAT EDARAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI PENGECUALIAN POTONGAN PINJAMAN PERUMAHAN BAGI PENGIRAAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM 

Peluang untuk penjawat awam miliki rumah, kini lebih mudah!! 

­LPPSA baru sahaja mengumumkan kerajaan akan mengecualikan syarat potongan gaji 60% untuk pembiayaan perumahan penjawat awam.  Ini bermakna kakitangan awam masih layak memohon pembiayaan perumahan walaupun jumlah pendapatan bersih dalam slip gaji kurang daripada 40%. 

Pengecualian potongan ini tidak terhad kepada perumahan PPA1M sahaja tetapi semua jenis skim perumahan. 

Sehubungan itu, penjawat awam yang telah mengemukakan permohonan dan tidak mendapat pembiayaan yang dipohon, tuan/puan boleh mengemukakan permohonan untuk pertimbangan semula. 



Notis-Makluman-JPA-PENGECUALIAN-POTONGAN-1-1.jpg

Notis-Makluman-JPA-PENGECUALIAN-POTONGAN-2.pngNotis-Makluman-JPA-PENGECUALIAN-POTONGAN-3.png

Deskripsi:

NOTIS MAKLUMAN NOVEMBER 23

KAEDAH PENGIRAAN KELAYAKAN TERKINI PEMBIAYAAN PERUMAHAN

Selaras dengan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 13 November 2017 (yang memaklumkan bahawa potongan pinjaman perumahan adalah dikecualikan daripada pengiraan 60% dalam slip gaji pegawai), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah menyemak semula dan kini menggunapakai kaedah kelayakan pengiraan pembiayaan perumahan yang baharu.

Di bawah formula pengiraan baharu, pengiraan jumlah kelayakan adalah berdasarkan kepada pengiraan potongan 80% dalam slip gaji dan pendapatan bersih (take home pay) tidak kurang daripada 20%.

Seperti yang dinyatakan di dalam hebahan bertarikh 15 November 2017, penjawat awam yang telah mengemukakan permohonan dan tidak mendapat pembiayaan yang dipohon, tuan/puan boleh mengemukakan permohonan untuk pertimbangan semula.


NOTIS MAKLUMAN NOVEMBER 13

MAKLUMAN SUSULAN SURAT EDARAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI PENGECUALIAN POTONGAN PINJAMAN PERUMAHAN BAGI PENGIRAAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM 

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengambil maklum mengenai surat edaran JPA rujukan JPA.BKS(S) 328/2 Jld.13 ( ) bertarikh 13 November 2017 mengenai kelayakan pegawai untuk memohon pinjaman perumahan walaupun pengiraan potongan pinjaman perumahan menyebabkan pendapatan bersih (take home pay) kurang daripada 40%. 

Sehubungan itu, penjawat awam yang telah mengemukakan permohonan dan tidak mendapat pembiayaan yang dipohon, tuan/puan boleh mengemukakan permohonan untuk pertimbangan semula. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-88801600 dan Kaunter Pusat atau melalui portal aduan/pertanyaan rasmi LPPSA di www.lppsa.gov.my/eTiket


PENGECUALIAN POTONGAN PINJAMAN PERUMAHAN BAGI PENGIRAAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM

Dengan hormat saya ingin menarik perhatian YBhg./YB Tan Sri/ Datuk Seri/

Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’ /Tuan/ Puan mengenai perkara di atas dan surat edaran JPA ( Rujukan : JPA.BK(S)328/2  Jld.13(9) ) bertarikh 24 Januari 2017 adalah dirujuk.

1.    Untuk makluman YBhg./YB Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’ /Tuan/ Puan, Jawatankuasa Khas Perumahan Penjawat Awam 1MALAYSIA (PPA1M) Bilangan 5 Tahun 2017 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 3 Oktober 2017, telah menyarankan supaya pengecualian diberikan ke atas pelaksanaan arahan surat JPA.BK(S)328/2  Jld.13(9), ANM/SPP/M/3/10  Jld.20(11)  dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.10 Tahun 1994 bagi pinjaman yang melibatkan pembelian rumah untuk memastikan penjawat awam dapat memiliki rumah yang dianggap sebagai keperluan asas hidup.

2.    Bagi memastikan hasrat tersebut terlaksana, dimaklumkan bahawa potongan pinjaman perumahan adalah dikecualikan daripada pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji pegawai. Ini bermakna pegawai layak memohon oinjaman perumahan walaupun pengiraan potongan pinjaman perumahan menyebabkan pendapatan bersih (take home pay) kurang daripada 40%.


Susulan Pengumuman 1 Oktober 2017: 

Baru-baru ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengumumkan pemantauan ke atas pegawai yang berada dalam tahap keterhutangan kewangan yang serius. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bertindak meminda syarat kelayakan sedia ada kepada berikut:


Kriteria penetapan jumlah kelayakan

Pembiayaan Pertama:
  • Jumlah anggaran bayaran balik pembiayaan perumahan dan potongan yang tertera pada slip gaji tidak melebihi 60% daripada gaji kasar pemohon.
  • Pendapatan bersih tidak kurang 40% daripada gaji kasar pemohon.
Ahmad ingin memohon pembiayaan kediaman LPPSA. Mari kita lihat slip gaji Ahmad :

Contoh-Slip-Gaji-Bulanan.jpg

Pertama, semak kelayakan berdasarkan jadual kelayakan terkini. Gaji Pokok : RM4,800

Elaun tetap :
  • Imbuhan Tetap Perumahan(ITP) : RM500
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM 200
Jumlah Gaji Pokok + Elaun Tetap : RM5,500 Menurut jadual LPPSA, kelayakan maksimum Ahmad adalah RM650,000

Screen-Shot-2017-10-16-at-4-41-53-PM.png
 
Sila rujuk jadual kelayakan pinjaman kami di sini, https://www.mega3.com.my/alat-pembeli-hartanah/jadual-kelayakan-pinjaman-perumahan-kerajaan

Kedua, semak Anggaran Bayaran Balik (ABB) tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun tetap (gaji kasar).

Gaji Pokok + Elaun Tetap: RM5,500 (Gaji Kasar)
RM5,500 x 60% = RM3,300

Jadi jumlah anggaran bayar balik pembiayaan perumahan dan potongan tetap Ahmad tidak boleh melebihi RM3,300.00.

Kemudian Ahmad perlu mengira ansuran bulanan untuk pembiayaan perumahan yang dia layak:

Potongan sedia ada dalam slip gaji : RM1,000
Baki potongan dibenarkan : RM3,300 – RM1,000 = RM2,300
ABB Bulanan Pembiayaan Perumahan Dibenarkan : RM 2,300

Jadinya, Ahmad hanya layak untuk mendapat pembiayaan maksimum sehingga RM650,000, tertakluk pada ansuran bulanan sehingga maksimum RM2,300.

Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan ansuran & jumlah pembiayaan berikut :
  • Perbandingan Amaun dan Tempoh pembiayaan
RM650,000 = RM3,101 x 360 bulan (30 tahun) – TIDAK LAYAK
RM600,000 = RM2,862 x 360 bulan (30 tahun) – TIDAK LAYAK
RM550,000 = RM2,624 x 360 bulan (30 tahun) – TIDAK LAYAK
RM500,000 = RM2,385 x 360 bulan (30 tahun) – TIDAK LAYAK
RM450,000 = RM2,147 x 360 bulan (30 tahun) – LAYAK!

Walaupun pembiayaan maksimum Ahmad adalah RM650,000 tetapi dia hanya layak dapat pembiayaan sebanyak RM450,000 mengikut pengiraan yang ditetapkan.

Kiraan adalah anggaran sahaja berdasarkan kadar keuntungan efektif pembiayaan 4.0%. (Bergantung pada pihak bank dan perjanjian)

Cuba Kalkulator Kemampuan

Sila rujuk jadual bayar balik lengkap di sini, https://www.mega3.com.my/alat-pembeli-hartanah/jadual-kelayakan-pinjaman-perumahan-kerajaan

Untuk pengetahuan anda, arahan ini telah berkuatkuasa pada 1 Oktober 2017. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-88801600 atau melalui portal aduan/pertanyaan rasmi LPPSA.

Muat turun berita LPPSA 'Penguatkuasaan Surat Edaran JPA Mengenai Pemantauan Ke Atas Pegawai Yang Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius' di sini, https://goo.gl/QJZwc4


Sumber maklumat: http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/siaran-media

Baca lebih artikel lagi di https://www.mega3.com.my/blog?cat=PinjamanBankAtauPinjamanPerumahanKerajaan