Mega 3 Housing Facebook

DSR Penentu Utama Kelulusan Pembiayaan Rumah Anda


DSR Penentu Utama Kelulusan Pembiayaan Rumah Anda

Mega3-DSR-Penentu-Utama-Kelulusan-Pembiayaan-Rumah-1-1.jpgMega3-DSR-Penentu-Utama-Kelulusan-Pembiayaan-Rumah-2-2.gifMega3-DSR-Penentu-Utama-Kelulusan-Pembiayaan-Rumah-4-1.jpg


Deskripsi:

DSR Penentu Utama Kelulusan Pembiayaan Rumah Anda

Pengurusan kewangan yang tidak sihat merupakan punca utama mengapa pihak bank tidak meluluskan permohonan pembiayaan rumah. Ini termasuklah kadar ‘debt service ratio’ (DSR) yang tinggi, rekod kewangan peribadi yang teruk, pendapatan tidak mencukupi dan kekurangan dokumen di mana ia menjurus kepada kegagalan kelulusan pembiayaan rumah.

Menurut Persatuan Bank-Bank Dalam Negara (ABM), kegagalan permohonan tersebut merangkumi seluruh tahap pendapatan isi rumah dan rekod mencatatkan tertinggi daripada golongan pendapatan pertengahan.

Turut menambah, perkara ini berpunca kerana lebihan pendapatan bulanan golongan tersebut tidak cukup untuk menampung komitmen sedia ada bulanan mahupun yang baharu.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan permohonan mereka ditolak? Mari kita kupas satu demi satu:

Rekod kewangan yang tidak memuaskan
Bermaksud rekod pembayaran semula pemohon yang tidak memuaskan/tidak berdisplin untuk fasiliti kewangan sedia ada. Contoh: kad kredit, PTPTN, atau lain-lain pinjaman.

Pendapatan tidak mencukupi
Walaupun sebilangan pemohon tidak terikat dengan mana-mana pinjaman, namun pendapatan mereka tidak mencukupi bagi menampung pinjaman yang dimohon. Tambahan, pemohon mungkin tidak mempunyai pendapatan yang stabil atau sumber pendapatan mereka tidak dapat disahkan.

Pengukuhan rekod pembayaran semula
Pemohon perlu mempunyai keupayaan mengumpul dana bagi pembayaran semula untuk pinjaman pertengahan dan jangka panjang menerusi alasan yang kukuh seperti pemohon mempunyai pekerjaan atau perniagaan sendiri.


Rekod bank dan dokumen yang lemah
Pemohon gagal untuk mengemukakan bukti yang memadai bagi menyokong sumber atau kadar konsistensi pendapatan, atau penyata bank bagi menyokong permohonan tersebut.

Kadar ‘debt service ratio’ (DSR) yang tinggi
Kadar pinjaman dan pembayaran semula pemohon sangat tinggi berbanding pendapatan yang diperoleh. Bank menggunakan DSR ini bagi melihat sebanyak mana pendapatan pemohon dibelanjakan untuk pembayaran semula. Ia juga digunapakai untuk mengetahui sejauh mana pemohon wajar atau tidak untuk diluluskan pinjaman.

Dengan usaha untuk membantu mereka yang ingin memiliki rumah pertama, Mega3 Housing & Raya Baiduri selaku pemaju rumah mampu milik kini menyediakan Kalkulator Kemampuan.

Kalkulator tersebut membantu para pemohon mengira DSR pemohon dengan mudah! Pemohon hanya perlu memasukkan maklumat tertentu dan DSR dapat dikira dengan pantas. Malahan, ia juga memberikan cadangan jenis rumah tertentu yang sesuai dengan DSR anda. Nak tahu lebih lanjut lagi? Jom kita tengok!

Langkah 1: Masukkan maklumat anda di ruang yang disediakan. Kemudian, klik ‘kirakan’.
Screen-Shot-2017-10-04-at-12-44-02-PM.png

Langkah 2: Statistik akan keluar berdasarkan maklumat yang telah anda masukkan. Di sini anda dapat mengetahui jumlah keseluruhan pembiayaan dan anggaran ansuran bulanan.

Mengikut rajah yang kami kongsikan, ruangan carta pai berwarna merah menandakan anggaran ansuran bulanan rumah yang sesuai manakala ruangan biru menunjukkan komitmen bulanan anda. Ruangan jingga pula mewakili pendapatan bersih bulanan anda.

Dengan maklumat ini, Kalkulator Kemampuan akan mencadangkan projek-projek perumahan yang sesuai dengan DSR anda. Ikon ‘smiley’ yang muncul juga akan memberitahu sama ada DSR anda lulus atau tidak untuk pembiayaan rumah yang dicadangkan.
Screen-Shot-2017-10-04-at-12-49-46-PM.png
Mudah bukan? Jadi usah risau lagi untuk mengetahui dan mengira DSR anda. Pastikan DSR anda dan latar belakang kewangan anda stabil sebelum membuat permohonan pembiayaan. Bagi mengelakkan permohonan anda ditolak, jom cuba Kalkulator Kemampuan hari ini juga!

Klik sini untuk cuba Kalkulator Kemampuan https://www.mega3.com.my/alat-pembeli-hartanah/kalkulator-pinjaman-perumahan-mampu-milik