6 Alasan Perlu Dihindari Dalam Pelaburan Hartanah


6 Alasan Perlu Dihindari Dalam Pelaburan Hartanah

Alasan-Perlu-Dihindari-Dalam-Pelaburan-Hartanah-1-1.jpgAlasan-Perlu-Dihindari-Dalam-Pelaburan-Hartanah-2.jpgAlasan-Perlu-Dihindari-Dalam-Pelaburan-Hartanah-3.jpgAlasan-Perlu-Dihindari-Dalam-Pelaburan-Hartanah-4.jpg

Deskripsi:
 

6 Alasan Perlu Dihindari Dalam Pelaburan Hartanah

Manusia dan alasan tidak dapat dipisahkan. Antara kejayaan dan rutin harian, alasan adalah garis halus di antara kedua-dua perkara ini. Untuk berjaya dalam kehidupan, kita haruslah berani melakukan sesuatu di luar jangkaan dan tidak memberikan alasan!

Hal ini termasuklah pelaburan hartanah. Jika usaha setakat ala kadar sahaja, hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan. Namun jika kita fokus dan jadikan keutamaan dalam bidang ini, kejayaan pasti tiba.

Bukan sahaja dalam pelaburan hartanah, malahan pelbagai lagi. Untuk mengecapi kejayaan, anda harus menghindari alasan-alasan ini agar tidak ketinggalan dan terus maju ke hadapan.

Bukan masa yang sesuai.”

Betul, pelaburan hartanah perlu dilakukan pada masa yang tepat. Namun, jika tidak dimulakan , sampai bila kita akan memberikan alasan yang sama? Mungkin masa yang dipilih kurang sesuai, sekurangnya anda telah bermula. Masih mahu menunggu atau mulakan langkah? Keputusan di tangan anda.

*Nota

Seperti yang telah diumumkan, projek LRT3 telah memulakan pembinaan pada tahun 2016 dan stesen terakhir rangkaian ini adalah Johan Setia. Dengan hanya 2KM dari Telok Panglima Garang, semestinya ia bakal memudahkan perjalanan penduduk sekitar. Projek ini dijangka siap pada tahun 2020.

Pembangunan infrastruktur ini bakal melancarkan lagi rangkaian perjalanan setempat, sekaligus meletakkan TPG sebagai kawasan berpotensi tinggi untuk tujuan kediaman mahupun pelaburan. Dengan kehadiran projek perumahan baru, TPG telah memulakan langkah kanan sebelum siapnya projek-projek mega seperti LRT3 dan KSL City Mall untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat. Malahan, Lebuh Raya WCE juga bakal disiapkan. Lebuh raya ini bakal menghubungkan KLIA dan Taiping, dan mempunyai persimpangan keluar di Telok Panglima Garang. Ini bukan sahaja menghubungkan pelbagai pusat bandar, ia juga bakal merancakkan lagi sektor ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar.

Baca lagi potensi TPG, LRT3 dan Lebuh Raya WCE di sini:

Lebuhraya WCE (Pesisiran Pantai Barat) : https://www.mega3.com.my/blog/march-2017/big- picture-jomtpg

Baca lagi di sini: https://www.mega3.com.my/blog/october-2016/transit-aliran-ringan-3-lrt-3


Sibuk, sibuk dan sibuk.”

Kita sentiasa sibuk. Tidak dapat dinafikan pelbagai urusan perlu diselesaikan sepanjang hari. Alasan ini kedengaran kukuh untuk terus digunakan. Mungkin benar, kita memang sibuk dengan urusan sedia. Tapi tahukah anda, ‘sibuk’ adalah penghalang utama anda.

Kenapa?

Alasan ini hanya menutup pintu peluang menuju perubahan. Kita terhindar daripada kemungkinan, menerusi keutamaan, perubahan dan menyesuaikan diri dengan peluang lain. Mereka yang sering ‘sibuk’ ini barangkali hanya menghabiskan masa dengan ketidakpastian ataupun hanya urusan yang tidak memenuhi minat. Semua orang di Bumi ini mempunyai masa yang sama, 24 jam sehari. Hakikatnya, kita tidaklah terlalu ‘sibuk’ seperti apa yang sering kita gembar-gemburkan.

Saya tiada pengalaman.”

Pengalaman menjadi pengukur untuk kita menceburi bidang baru. Namun kita perlu berani mengambil risiko dan terokai selok belok hartanah. Kalau tidak cuba, bagaimana hendak timba ilmu dan pengalaman? Semua orang bermula dengan tangan kosong. Usah jadikan ini alasan dan bangkit untuk peroleh pengalaman!

Saya perlu lebih wang untuk mula.”

Alasan ini hanya sah jika kewangan anda tidak stabil, atau jika perniagaan anda perlu distabilkan dengan simpanan kewangan. Namun isu sebenar adalah jika anda tidak mencari penyelesaian untuk perkara ini. Dengan potongan perbelanjaan dan simpanan tertentu, anda pasti boleh mula. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Untuk pelabur hartanah, transaksi ataupun keputusan kecil anda mungkin memberikan pulangan lumayan di luar jangkaan anda. Mulakan dengan langkah kecil, penuh kreativiti dan keinginan tinggi untuk berjaya.

Ini tidak berbaloi.”

Sama ada berbaloi atau tidak, segalanya terpulang pada anda Tanya diri sendiri, adakah langkah ini menepati misi dan impian hidup anda? Jika ya, anda pasti akan meletakkan 100% usaha kerana ini yang anda mahukan.

Nilai semula setiap peluang dan langkah yang terbaik untuk anda. Yang penting, anda berusaha demi kepuasan dan kejayaan diri.

Usah gunakan alasan ini sekiranya anda sendiri yang malas dan tidak tahu apa yang diinginkan. Tidak adil untuk diri sendiri mahupun peluang yang mendatang.

Saya tidak boleh.”

Hindari ayat ini sepanjang hidup anda! Tahukah anda jika anda kerap menyebut ayat ini, tanpa disedari anda tidak akan mencuba langsung sepanjang hidup anda!

Katakan ya untuk setiap peluang yang boleh anda manfaatkan. Anda sendiri akan melihat perbezaan dan kesan positif yang mendatang. Anda boleh, semua boleh!

Kesimpulannya alasan akan tetap menjadi alasan. Hanya kita yang mampu mengubahnya. Jadikan kegagalan guru terbaik anda untuk menjadi lebih baik lagi di masa hadapan. Teruskan usaha, perolehi ilmu dan kekalkan momentum anda.

Ketahui lebih lagi potensi TPG di sini. Ia bakal menjadi fokus pelaburan anda!

Telok Panglima Garang kini menjadi pilihan bagi mereka yang bekerja di Shah Alam. Hanya 30 minit waktu perjalanan dengan akses mudah lebuh raya dan harga kediaman yang lebih berpatutan, kehidupan bakal menjadi lebih baik untuk semua. Klik sini untuk info lanjut: https://www.mega3.com.my/blog/july-2017/tinggal-di-tpg,-kerja-di-bandar

Mega3 Housing & Raya Baiduri merupakan pemaju hartanah mampu milik. Dengan #TrackRecordTerbukti dan projek perumahan serata negara, inilah platform anda untuk mulakan pelaburan hartanah.

Mega3 Housing & Raya Baiduri juga menyediakan bantuan khidmat pelanggan bagi membantu sebarang soalan anda.

Klik sini untuk mencari hartanah idaman anda https://www.mega3.com.my/alat-pembeli-hartanah/kalkulator-pinjaman-perumahan-mampu-milik/

Sumber dari https://www.propertyhunter.com.my/article/6-phrases-real-estate-investors-shouldn-t-use/3872