Berapa Harga Rumah Relevan Untuk Rakyat Malaysia?


Berapa Harga Rumah Relevan Untuk Rakyat Malaysia?

Menurut kajian Department of Statistics Malaysia penghujung 2016, 
BHRRRM-1.gifBHRRRM-2.gif
Menurut statistik The Edge Property, 
BHRRRM-3.gifBHRRRM-4.gif
Mega 3 Housing & Raya Baiduri selaku pemaju perumahan menawarkan pelbagai jenis rumah mampu milik.

Ternyata pilihan harga projek perumahan Mega 3 Housing & Raya Baiduri masih berada di rangkuman golongan
pendapatan pertengahan negara. Lihat projek-projek kami di sini! 

BHRRRM-5.gif
Dengan harga yang masih relevan dan sesuai untuk pembiayaan bulanan, tinggal di TPG semestinya langkah kanan
buat anda dan seisi keluarga.

Mengapa kini tumpuan beralik ke TPG? Untuk pengetahuan anda, pelbagai pembangunan
infrastruktur dan pembangunan sedang giat berjalan.
 BHRRRM-6.gif
Projek LRT3 telah memulakan pembinaan pada tahun 2016 dan stesen terakhir rangkaian ini adalah Johan Setia.
Dengan hanya 11.8KM dari Telok Panglima Garang. Jom menerokai potensi LRT3 di sini!

BHRRRM-7.gif
Selain itu, KSL City Mall juga dalam proses pembinaan dengan hanya 7.1KM dari Telok Panglima Garang.
Ketahui lebih lanjut di sini!

BHRRRM-8.gif
Tambahan, Lebuhraya WCE yang kini sedang dibina dijangka siap pada tahun 2019. Lebuh raya ini bakal
menghubungkan Taiping ke Banting, dan mempunyai persimpangan keluar di Telok Panglima Garang.  
Ketahui segala tentang Lebuhraya Pantai Barat di sini! 

BHRRRM-9.gif
Tinggal di TPG dan kerja di bandar lain kelihatan ideal dengan akses mudah jalan raya.  
Jom kupas potensi TPG di sini!

Malahan, hanya 26 minit sahaja perjalanan dari TPG ke Shah Alam!
Jom lihat video tentang jalan pintas ke Shah Alam!

 
Mega 3 Housing & Raya Baiduri akan
terus membawakan rumah mampu
milik untuk memenuhi keperluan rakyat 
Malaysia. Ikuti kami





                    
fb-icon.jpg Youtube-icon.png IG-icon-1.png





Deskripsi:
 

Berapa Harga Rumah Relevan Untuk Rakyat Malaysia?

Pertumbuhan ekonomi negara dilihat terus membangun progresif. Hal ini terbukti di mana pendapatan isi rumah negara dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun.

Menurut kajian Department of Statistics Malaysia penghujung 2016, pendapatan golongan pertengahan negara meningkat daripada RM4,585 pada 2014 hingga RM5,228 pada 2016, sehingga 6.6% pada nilai nominal dan 4.4% pada terma sebenar. Walaupun peningkatan tercatat, namun golongan pertengahan ini masih lagi bergelut untuk memiliki rumah sendiri, disamping menyimpan untuk persaraan masa tua.

Persoalannya, berapa sebenarnya harga rumah yang relevan untuk rakyat Malaysia?
Berapa-Harga-Rumah-Relevan-Untuk-Rakyat-Malaysia-1.jpg

Menurut statistik The Edge Property, golongan pendapatan pertengahan mampu untuk miliki rumah pada harga RM260,000. Namun, purata harga rumah pada tahun hujung 2016 adalah RM442,000!

Senario sama untuk Kuala Lumpur di mana golongan pendapatan pertengahan hanya mampu miliki rumah pada harga RM327,000. Sedangkan harga purata rumah mencatatkan RM749,000!

Inilah realiti bagi golongan pendapatan pertengahan yang ingin membeli rumah di Selangor dan Kuala Lumpur. Harga rumah juga dijangka meningkat seiring pembangunan kemudahan asas dan permintaan hartanah setempat.

Mega 3 Housing & Raya Baiduri selaku pemaju perumahan menawarkan pelbagai jenis rumah mampu milik. Lokasi yang hangat diperkatakan adalah Telok Panglima Garang (TPG) yang terletak di daerah Kuala Langat. Antara projek Mega3 Housing & Raya Baiduri di TPG adalah:

Taman Bayu Indah, Banting = RM268,800 = Rumah teres 1 tingkat
https://www.mega3.com.my/projek-kami/projek/taman-bayu-indah-ssth

Taman Bentara 7 Jalan Merbok, TPG = RM408,800 = Rumah Teres 2 Tingkat
https://www.mega3.com.my/projek-kami/projek/taman-bentara-7-dsth
 

KLIK & LIHAT RUMAH PILIHAN ANDA
Berapa-Harga-Rumah-Relevan-Untuk-Rakyat-Malaysia2.jpg

Ternyata pilihan harga projek perumahan Mega 3 Housing & Raya Baiduri masih berada di rangkuman golongan pendapatan pertengahan negara. Seiring dengan misi pemaju iatitu ‘rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia’, harga yang ditawarkan masih lagi relevan. Malahan, jenis projek rumah yang disediakan juga memenuhi keperluan gaya hidup bersama seisi keluarga.

Mengapa kini tumpuan beralih ke TPG?

Untuk pengetahuan anda, pelbagai pembangunan infrastruktur dan pembangunan sedang giat berjalan. Antara projek yang menjadi tumpuan utama adalah jajaran LRT3 Johan Setia, Lebuhraya WCE dan KSL City Mall. Pembangunan ini bakal memanfaatkan ribuan penduduk setempat, sekaligus merancakkan sektor ekonomi dan peluang pekerjaan.

KLIK & TEROKAI POTENSI TPG

Berapa-Harga-Rumah-Relevan-Untuk-Rakyat-Malaysia-3.jpgBerapa-Harga-Rumah-Relevan-Untuk-Rakyat-Malaysia-4.jpg



















Tinggal di TPG dan kerja di bandar lain kelihatan ideal gara-gara harga rumah yang terlalu tinggi. Sebagai contoh, bandar Kuala Lumpur. Menurut laporan The Edge Market, purata harga rumah di Kuala Lumpur pada hujung tahun 2016 mencecah sehingga RM749,000! Sedangkan purata pendapatan isi rumah hanya mampu untuk membeli rumah pada harga RM327,000. Masih relevankah harga rumah tersebut dengan pendapatan yang diperoleh?

Untuk makluman anda, akses mudah jalan raya dari TPG kini dapat mengakses pelbagai bandar utama seperti Shah Alam, Puchong, Subang Jaya, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Dengan harga rumah yang masih relevan di TPG, tinggal di TPG dan kerja di bandar lain merupakan pilihan ideal bagi mereka yang merancang untuk membeli rumah.

KLIK & TEROKAI PEMBANGUNAN LEBUH RAYA SEKITAR TPG

Berapa-Harga-Rumah-Relevan-Untuk-Rakyat-Malaysia-5.png

Lihat perbandingan harga hartanah TPG dan bandar-bandar utama. Harga TPG padan dengan ukuran kaki persegi yang ditawarkan. Dengan harga yang masih relevan dan sesuai untuk pembiayaan bulanan, tinggal di TPG semestinya langkah kanan buat anda dan seisi keluarga.

Malahan, hanya 30 minit sahaja perjalanan dari TPG ke Shah Alam!

KLIK SINI & TEROKAI TPG KE SHAH ALAM!

Dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan SEPERTI LRT3, Lebuhraya WCE dan KSL City Mall yang bakal mendatang, TPG bakal menjadi potensi besar pembangunan di masa depan. Sama ada untuk tujuan pelaburan mahupun kediaman, kawasan ini bakal membangun dan setarat bandar-bandar maju lain di negeri Selangor.

KLIK & SELAMI PEMBANGUNAN TPG

Mega 3 Housing & Raya Baiduri akan terus membawakan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Sumber:
1.http://www.theedgemarkets.com/article/homes-just-arent-affordable-central-bank-tells-malaysians

2.http://www.theedgemarkets.com/article/whats-affordable-housing-malaysia

3.http://www.theedgemarkets.com/article/state-nation-house-prices-now-severely-unaffordable-levels

4.http://www.housingwatch.my/doc/articles/edge_20171016.pdf