Mega 3 Housing Facebook

Kuala Langat bakal miliki taman tema ala Hollywood?


Kuala Langat bakal miliki taman tema ala Hollywood?


M3-Artikel-Kuala-Langat-bakal-miliki-taman-tema-23thJuly2019-FA-01-1.jpgDato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kuala Langat bakal menjadi destinasi percutian keluarga apabila tiga taman tema tersohor, Universal Studio, Fox World dan Disney World siap dibina nanti.
Apakah pandangan anda pula? Kami berharap pembangunan ini akan terlaksana pada masa akan datang.
M3-Artikel-Kuala-Langat-bakal-miliki-taman-tema-23thJuly2019-FA-02.jpg“Tiga taman tema itu bakal dibina di jajaran sebahagian Kota Kemuning sehingga berhampiran Sijangkang memandangkan ia antara kawasan pembangunan yang begitu pesat.

Katanya, keseluruhan pelaburan itu membabitkan kos lebih RM15 bilion dengan keluasan melebihi 800 ekar.

Raya Baiduri mempunyai beberapa projek perumahan baru di sekitar kawasan Kuala Langat yang kini dalam proses pembinaan.
Bentara-10.jpgBentara-10-RTDT.jpgBentara11.jpgBentara12.jpgM3-Artikel-Kuala-Langat-bakal-miliki-taman-tema-19thJuly2019_08.jpg

Sumber Asal Artikel: https://selangorkini.my/2019/04/kuala-langat-bakal-miliki-taman-tema-ala-hollywood/

Klik Sini Untuk Melihat 'BIG PICTURE' Pembangunan Sekitar Telok Panglima Garang 
Big-Picture-Thumbnail-1.jpg
Klik Sini Untuk Konsep Tinggal di TPG & Bekerja Di Bandar Besar!
Mega3_Article-Cover-Tinggal-di-TPG,-Kerja-di-Bandar-4thjuly2017.jpg

Deskripsi:

Korang pernah tak terfikir nak pergi ke Universal Studios atau Disney World?

Taman tema macam tu yang paling dekat dengan kita ada di Singapore, Universal Studios Singapore di Singapore, tapi nak travel ke situ bukannya murah. Alhamdulillah, saya dan family sempatlah singgah ke Universal Studios Singapura, tapi hanya bergambar dekat luar je lah sebab tak cukup bajet nak masuk.

Tapi, waktu saya belajar di Kanada dulu, saya sempat bersama kawan-kawan yang lain backpacking budget style ke Florida untuk ke Universal Studios Orlando, dan tu memang awesome! Fuh! Bestnya, kalau boleh merasa sekali lagi.

Berita Baik! Kita tak perlu nak travel ke Singapura ataupun Orlando, Florida untuk nak rasa taman tema macam itu, sebab Universal Studios, Disney World, dan Fox World mungkin akan berada di Malaysia!

Menteri Besar Selangor, Dato Amirudin Shari, telah mengumumkan bahawasanya ketiga-tiga taman tema tersebut bakal dibina di jajaran sebahagian Kota Kemuning sehingga berhampiran Sijangkang. Umumnya, kawasan Kuala Langatlah.

"Kenapa Buat Kat Sini?" Kerana kawasan Kuala Langat bakal mengalami pembangunan yang amat pesat. Keseluruhan projek bakal mengambil kos lebih RM15 bilion & seluas 800 ekar tanah diperlukan, dan menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Negeri.

Tambahan pula, Invest Selangor telah menobatkan Kuala Langat sebagai The Most Prefrered Destination for Investment by District 2017-2018. Jadi kita mungkin bakal lihat beberapa pembangunan menarik sekitar kawasan ini dalam beberapa tahun yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, maka strategiklah kalau kita fikir akan ada taman-taman perumahan di sekitar itu. Sekiranya anda masih lagi dalam proses mencari rumah idaman adna di sekitar kawasan Selangor, maka Kuala Langat boleh menjadi lokasi yang patut anda "consider."

Raya Baiduri mempunyai beberapa projek perumahan di sekitar Kuala Langat yang sedang dalam pembinaan. Sekiranya anda berminat check it out, boleh layari mega3.com.my.

Apa pandangan anda tentang kemungkinan pembinaan taman-taman tema ini di Malaysia? Komen di bawah! Kami berharap pembangunan ini akan terlaksana pada masa akan datang!

Sumber Asal Artikel: https://selangorkini.my/2019/04/kuala-langat-bakal-miliki-taman-tema-ala-hollywood/