Mega 3 Housing Facebook

Wajah #JOMTPG-Muhd Muzli & Nur Qaisara


Wajah #JOMTPG-Muhd Muzli & Nur Qaisara

Wajah-JomTPG-1.gif
Wajah-JomTPG-2.gif
Wajah-JomTPG-3.gif
Wajah-JomTPG-4.gif
Wajah-JomTPG-5.gif

Wajah-JomTPG-6.gif

Deskripsi:
 

Wajah #JOMTPG - Muhd Muzli & Nur Qaisara

 

Sekilas pandang, mereka kelihatan seperti keluarga biasa sahaja. Namun, siapa sangka mereka berdua merupakan peminat tegar sukan ‘pocket bike’! Mohd Muzli, 32 tahun dan Nur Qaisara 7 tahun kelihatan yakin dan bersinar semasa menunggang di dalam trek.

 

Ketika ditemui di Mozid Racing, Mohd Muzli berkata beliau sudah lama menceburi sukan permotoran ini. Hinggalah selepas berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, Nur Qaisara kini mengikut jejak langkah ayahnya beraksi di trek. Nur Qaisara kelihatan tenang dan sentiasa mengikut arahan ayahnya demi keselamatan dan juga cara-cara melalui selekoh tersedia.

 

Menurut Muhd Muzli lagi, jika ada rezeki beliau ingin melihat anaknya pergi jauh dalam sukan ini menerusi tajaan tertentu dan pertandingan juga. Kecil-kecil cili padi juga ya Nur Qaisara!

 

Terima kasih kepada ibu kepada Nur Qaisara yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Aza, kerana sangat ‘sporting’ dan menyokong. Kalau terjumpa mereka tengah layan selekoh di Mozid Racing, tegur je! Mereka ramah orangnya. Kami ucapkan selamat maju jaya buat Muhd Muzli dan seisi keluarga!